← Back to list

Keputusan permohonan Muhyiddin dapatkan pasport secara kekal pada 29 Nov

PAS Pulau Pinang · 2023-11-23 08:41 · 0 claps · 0.5 min read
#mahkamah-sesyen #muhyiddin-yassin #passport #permohonan #kekal
Open on Medium ↗

Keputusan permohonan Muhyiddin dapatkan pasport secara kekal pada 29 Nov

Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 29 Nov untuk membuat keputusan berhubung permohonan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan pasport antarabangsanya secara kekal.

Hakim Azura Alwi menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan peguam pemohon Datuk K. Kumaraendran serta Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Lim Wai Keong.

Terdahulu, Kumaraendran berhujah bahawa ia tidak sepatutnya menjadi isu bagi mahkamah menyerahkan pasport itu tanpa syarat kerana anak guamnya tidak pernah gagal menghadiri prosiding mahkamah sejak kes itu bermula.


메타데이터
post_id
ff722fdbddb1
slug
keputusan-permohonan-muhyiddin-dapatkan-pasport-secara-kekal-pada-29-nov-ff722fdbddb1
url
https://medium.com/@pinangpaspulau/keputusan-permohonan-muhyiddin-dapatkan-pasport-secara-kekal-pada-29-nov-ff722fdbddb1
canonical_url
https://medium.com/@pinangpaspulau/keputusan-permohonan-muhyiddin-dapatkan-pasport-secara-kekal-pada-29-nov-ff722fdbddb1
author_url
https://medium.com/@pinangpaspulau
status
ok
fetched_at
2026-07-22 17:23:21