← Back to list

Bekas pemain Team Haq, Hesu tidak mendapat gaji?

Dia mendakwa Team Haq tidak membayar gaji serta duit kemenangan.

Haikal Johari in Gamers Gazette MY · 2024-11-14 06:17 · 0 claps · 1.1 min read
#mpl-my-s14 #mpl-my #team-haq #hesus #mal-my
Open on Medium ↗

Bekas pemain Team Haq, Hesu tidak mendapat gaji?

Dia mendakwa Team Haq tidak membayar gaji serta duit kemenangan.

Bekas pemain Team Haq, Kristofer ‘Hesu’ Calderon baru-baru ini menyatakan di Instagram story beliau yang mana dia menyatakan bahawa dia tidak dibayar oleh organisasi yang pernah menjadi juara MPL Malaysia.

“@teamhaqmy, Kenapa anda masih tidak memberikan baki gaji saya serta duit kemenangan. Anda semua tidak menjawab mesej saya!” tulis Exp Laner dari Filipina.

Menurut Hesu yang menghubungi Gamers Gazette MY sendiri, dia berkata bahawa kontrak mereka tamat selepas Regular Season MPL MY 14 iaitu pada 13 Oktober. Namun, kontrak mereka menyatakan bahawa mereka akan dibayar sehingga 13 Oktober sahaja dan mereka berlatih serta bermain di MAL untuk mengekalkan slot MPL tanpa sebarang bayaran.

Hesu diberitahu Team Haq bahawa gajinya akan masuk pada 1 November namun selepas hampir 2 minggu, Hesu masih tidak menerima gajinya dari Team Haq.

Gamers Gazette MY telah menghubungi Team Haq untuk meminta kenyataan mengenai isu ini namun Team Haq hanya menyatakan yang pihak mereka tiada isu berkenaan dengan Hesu dan hanya menyatakan yang Hesu sudah tamat kontrak dengan Team Haq.


메타데이터
post_id
0075a11269ca
slug
bekas-pemain-team-haq-hesu-tidak-mendapat-gaji-0075a11269ca
url
https://medium.com/gamers-gazette-my/bekas-pemain-team-haq-hesu-tidak-mendapat-gaji-0075a11269ca
canonical_url
https://medium.com/gamers-gazette-my/bekas-pemain-team-haq-hesu-tidak-mendapat-gaji-0075a11269ca
author_url
https://medium.com/@haikaljohari10
status
ok
fetched_at
2026-07-22 04:47:18