← Back to list

Pokémon TCG Pocket launch Expansion Baru, Secluded Springs!

Kumpul Legendary Beasts Johto sekarang!

LUMEA Admin in Gamers Gazette MY · 2025-08-30 08:39 · 0 claps · 2.0 min read
#tcg-pocket #pokémon #secluded-springs #gamejus-malaysia
Open on Medium ↗

Pokémon TCG Pocket launch Expansion Baru, Secluded Springs!

Kumpul Legendary Beasts Johto sekarang!

Pokémon TCG Pocket baru je launch expansion terbaru Secluded Springs pada 28 Ogos 2025. Mini set ni sambungan dari expansion sebelum ni, Wisdom of Sea and Sky, tapi dengan focus lebih kepada tiga Legendary Beasts: Raikou ex, Entei ex dan Suicune ex.

[embed]

Selain tu, Pokémon dari Hoenn region macam Latias, Latios, dan Milotic juga featured dalam set ni.

Legendary Pulse Bagi Extra Card

Tiga Legendary Beasts tu tunjukkan Ability baru dipanggil Legendary Pulse, yang bagi players untuk draw extra card di hujung turn kalau Pokémon tu ada di Active Spot. Beberapa supporting cards menarik macam Mantyke, Milotic, Slowking, dan Trainer card Traveling Merchant pun diperkenalkan, tambah lagi strategic options dan depth pada gameplay mini expansion ni.

Selain dari card content baru, Secluded Springs juga datang dengan pelbagai in-game events sepanjang September. Contohnya, players boleh dapat item bertema macam binder dan display background Suicune, dan juga participate dalam events lain. Antara event yang ada termasuk Zoroark Drop Event, Water-Type Mass Outbreak, promo picks yang ada Miltank & Phanpy, dan Bonus Week yang tawarkan special rewards macam pack hourglasses dan Stardust.

Mini-Expansion yang Penuh Nostalgia

Walaupun dikategorikan sebagai mini-expansion, Secluded Springs bagi nostalgic pull yang kuat dengan bawa balik trio Legendary Johto ni, berserta design elements baru dari Hoenn.

Gabungan card-drawing abilities dari Legendary Pulse, strategy options tambahan, dan events interaktif menjadikan expansion ni salah satu yang paling dinanti-nantikan tahun ni.

Jenuh cari top-up game murah, cepat, dan selamat? Di Gamejus Malaysia, mereka menyediakan top-up untuk MLBB, HOK, PUBG Mobile, Free Fire dan banyak lagi. Harga terbaik, proses dijamin selamat 100%.

Dapatkan in-game currency kesukaan korang dengan pantas dan tanpa risau. Klik pautan di SINI dan tingkatkan pengalaman gaming korang sekarang!


메타데이터
post_id
0e7c18b791f5
slug
pokémon-tcg-pocket-rilis-expansion-baru-secluded-springs-0e7c18b791f5
url
https://medium.com/gamers-gazette-my/pok%C3%A9mon-tcg-pocket-rilis-expansion-baru-secluded-springs-0e7c18b791f5
canonical_url
https://medium.com/gamers-gazette-my/pok%C3%A9mon-tcg-pocket-rilis-expansion-baru-secluded-springs-0e7c18b791f5
author_url
https://medium.com/@gamersgazettemy
status
ok
fetched_at
2026-06-13 16:23:23