← Back to list

Vamos Umum Perpisahan Dengan Nets, “Raja Semut” Tamatkan Legasi Di MPL MY!

Lagenda gold laner dari Filipina bakal kembali ke tanah air?

LUMEA Admin in Gamers Gazette MY · 2025-08-06 07:33 · 0 claps · 2.2 min read
#vamos #nets #gold-laner #gamejus-malaysia #smart-omega
Open on Medium ↗

Vamos Umum Perpisahan Dengan Nets, “Raja Semut” Tamatkan Legasi Di MPL MY!

Lagenda gold laner dari Filipina bakal kembali ke tanah air?

Lepas perpisahan dengan Smooth diumumkan sebelum ini, pasukan Vamos terus buat kejutan apabila turut umumkan perpisahan dengan pemain import mereka, Nets.

Pengumuman ini menandakan berakhirnya perjalanan seorang gold laner ikonik yang pernah mencuri tumpuan peminat MPL MY sejak musim ke-13.

Nets: Dari HomeBois ke Vamos

Nama sebenar Kenneth Sablande Barro, Nets mula mencipta nama di MPL MY sejak musim ke-13 bersama HomeBois. Ketika itu, dia beraksi di posisi gold laner dan terus menarik perhatian dengan gaya permainan yang tajam dan agresif. Tak lama kemudian, peminat mula panggil dia dengan gelaran unik: “Raja Semut”.

Selepas semusim bersama HomeBois, Nets kemudian berpindah ke Vamos untuk MPL MY S14 dan terus kekal bersama skuad tersebut hingga tamat musim ke-15. Selama dua musim bersama Vamos, dia menjadi antara tunjang utama pasukan itu di bahagian gold lane.

Adakah Nets Akan Kembali Ke Filipina?

Walaupun belum ada pengumuman rasmi mengenai langkah seterusnya, khabar angin kuat mengatakan Nets bakal kembali ke Filipina dan menyertai MPL PH S16. Antara pasukan yang disebut dalam rumors ialah Smart Omega, pasukan yang sedang mencari angin segar untuk musim baru.

Jika berita ini benar, kemunculan semula Nets di MPL PH pastinya akan jadi tumpuan ramai — terutamanya selepas tempoh penuh warna-warni di Malaysia. Ramai yang ingin tahu sama ada “Raja Semut” masih berbisa di tanah air sendiri.

Vamos kini sudah berpisah dengan dua tonggak penting mereka: Smooth di EXP lane dan Nets di gold lane. Adakah organisasi ini sedang merancang total rebuild untuk MPL MY S16? Sama-sama kita nantikan pengumuman seterusnya.

Bagi Nets pula, ke mana saja langkah seterusnya, peminat di Malaysia tetap akan ingat jasanya dalam memeriahkan liga ini — dan pastinya, gelaran Raja Semut akan terus melekat selamanya.

Korang nak cari top-up in game yang murah tapi takut kena scam or nak services yang cepat? Jangan risau sebab Gamejus Malaysia kan ada!

Dapatkan top-up in-game currency dari MLBB, HOK, PUBG Mobile, Free Fire dan bermacam-macam lagi permainan video di SINI!


메타데이터
post_id
37811834370b
slug
vamos-umum-perpisahan-dengan-nets-raja-semut-tamatkan-legasi-di-mpl-my-37811834370b
url
https://medium.com/gamers-gazette-my/vamos-umum-perpisahan-dengan-nets-raja-semut-tamatkan-legasi-di-mpl-my-37811834370b
canonical_url
https://medium.com/gamers-gazette-my/vamos-umum-perpisahan-dengan-nets-raja-semut-tamatkan-legasi-di-mpl-my-37811834370b
author_url
https://medium.com/@gamersgazettemy
status
ok
fetched_at
2026-07-18 12:21:10