← Back to list

Maksud Head and Shoulders Pattern Dalam Trading

Head and Shoulders Pattern ialah corak reversal untuk kesan perubahan trend. Pelajari panduan entry, SL & TP untuk jadikan trading anda…

Ultima Markets Malaysia · 2026-02-02 01:01 · 0 claps · 4.3 min read
#head-and-shoulder-pattern #head-and-shoulders #trading #corak-forex #carta-forex
Open on Medium ↗

Maksud Head and Shoulders Pattern Dalam Trading

Head and Shoulders Pattern ialah corak reversal untuk kesan perubahan trend. Pelajari panduan entry, SL & TP untuk jadikan trading anda lebih kukuh.

Maksud Head and Shoulders Pattern Dalam Trading

Dalam dunia trading saham dan forex, terdapat pelbagai jenis chart pattern yang membantu trader meramal pergerakan harga pasaran. Salah satu corak yang paling terkenal dan mudah dikenali adalah Head and Shoulders Pattern. Walaupun namanya sama seperti jenama syampu terkenal, dalam konteks trading, corak ini adalah isyarat penting untuk mengenal pasti reversal dalam sesuatu trend harga.

Apa Itu Head and Shoulders Pattern?

Head and Shoulders Pattern merupakan corak reversal yang berlaku apabila pergerakan harga berkemungkinan besar berubah daripada trend menaik (uptrend) kepada trend menurun (downtrend). Corak ini sangat dipercayai oleh trader kerana ia sering kali muncul dengan jelas di carta, memberi peluang untuk menjangkakan perubahan harga lebih awal. Ia terbukti efektif dalam pelbagai jenis pasaran, sama ada saham, forex, mahupun kripto.

Bagaimana Mengenal Pasti Head and Shoulders Pattern?

Untuk mengenal pasti Head and Shoulders Pattern, trader perlu memahami dengan jelas tiga struktur utama serta garisan neckline yang menghubungkan titik-titik penting corak ini:

1. Left Shoulder (Bahu Kiri)

Corak ini bermula apabila terdapat momentum belian yang kukuh, menyebabkan harga meningkat dan membentuk satu puncak. Pada titik ini, biasanya volume dagangan agak tinggi, mencerminkan minat pembeli yang kuat. Walau bagaimanapun, selepas mencapai paras tertinggi, harga mula turun semula ke paras yang lebih rendah, iaitu titik permulaan kenaikan tadi. Biasanya, penurunan ini disertai dengan volume dagangan yang semakin berkurangan, menandakan momentum belian mula lemah.

2. Head (Kepala)

Selepas bahu kiri terbentuk, harga mula naik semula, kali ini dengan momentum yang lebih kuat berbanding sebelumnya. Kenaikan ini menghasilkan puncak harga baru yang lebih tinggi berbanding bahu kiri tadi. Namun, kenaikan ini tidak kekal lama. Selepas mencapai paras tertinggi (head), berlaku penurunan harga yang signifikan, kembali ke paras neckline atau hampir sama dengan titik permulaan shoulder kiri. Penurunan ini adalah petunjuk awal bahawa minat belian mulai melemah secara jelas dan tekanan jualan mula meningkat.

3. Right Shoulder (Bahu Kanan)

Pada peringkat ini, harga cuba naik sekali lagi namun dengan momentum yang jauh lebih rendah berbanding dua puncak sebelumnya. Kenaikan kali ini tidak berjaya mencapai paras head, dan selalunya hanya mampu mendekati paras bahu kiri.

Ini jelas menunjukkan bahawa kuasa beli semakin lemah, manakala tekanan jualan semakin kuat. Penurunan semula harga selepas terbentuknya bahu kanan biasanya berlaku dengan volume dagangan yang meningkat, sekali gus menguatkan lagi potensi reversal.

Setelah ketiga-tiga struktur ini terbentuk, corak ini akan disahkan apabila harga berjaya menembusi garisan neckline secara jelas (breakout). Neckline ialah garisan sokongan yang menghubungkan titik rendah antara bahu kiri dan head serta titik rendah antara head dan bahu kanan.

Breakout pada neckline ini adalah isyarat kuat untuk trader mula memasuki posisi jual (sell), menjangkakan penurunan harga yang berterusan daripada bullish kepada bearish.

Inverse Head and Shoulders Pattern

Selain versi asal, terdapat juga Inverse Head and Shoulders Pattern yang merupakan versi bullish daripada corak ini. Corak ini kebiasaannya muncul selepas harga saham atau instrumen kewangan mengalami downtrend yang panjang. Ia memberi isyarat bahawa harga mungkin sudah berada di penghujung fasa penurunan dan bersedia untuk beralih kepada trend menaik (uptrend).

Struktur corak ini hampir sama dengan corak asal tetapi berlaku dalam bentuk terbalik dengan tiga lembah:

  • Left Shoulder (bahu kiri): Harga jatuh ke paras rendah, kemudian diikuti dengan kenaikan harga sementara.
  • Head (kepala): Harga jatuh lagi ke paras yang lebih rendah daripada bahu kiri sebelum meningkat semula ke paras sebelumnya.
  • Right Shoulder (bahu kanan): Harga turun sekali lagi tetapi kali ini lebih tinggi daripada head, menunjukkan kekuatan belian mula bertambah sebelum harga meneruskan kenaikan.

Entry buy disyorkan apabila harga berjaya menembusi neckline ke atas, menandakan potensi kuat reversal daripada bearish ke bullish.

Strategi Berdagang Menggunakan Head and Shoulders Pattern

Berikut strategi lebih mantap dengan tambahan elemen confirmation dan pengurusan risiko:

Entry Point (Breakout & Retest)

  1. Breakout Confirmation: Tunggu candle pada time frame pilihan (H1/H4/Daily) menutup (close) melepasi neckline.
  2. Retest (Optional): Selepas breakout, harga selalunya akan kembali (retest) ke neckline sebagai sokongan/barrier baru. Entry sell (H&S biasa) atau buy (inverse) selepas candle kedua atau ketiga menolak harga daripada neckline memberikan keyakinan lebih tinggi.

Volume Confirmation

  1. Pastikan volume dagangan meningkat sewaktu breakout; ini menguatkan pattern validity.
  2. Jika volume tidak naik, breakout mungkin false — pertimbangkan untuk tunggu retest sebelum entry.

Stop Loss (SL) dengan Buffer Average True Range (ATR)

  1. Head & Shoulders Biasa: Letakkan SL sedikit di atas puncak Right Shoulder.
  2. Inverse Head & Shoulders: SL sedikit di bawah lembah Right Shoulder.
  3. Buffer Dinamik: Gunakan ATR(14) untuk kira buffer (contoh: 1.5 × ATR) agar SL menyesuaikan diri dengan volatiliti semasa.

Take Profit (TP) & Pengambilan Untung Berperingkat

  1. Projek Jarak: Ukur jarak menegak antara Head dan Neckline → projek jarak sama dari titik breakout untuk TP penuh.
  2. TP1 & TP2:
  • TP1: 50% posisi di ambil untung pada separuh jarak (Head–Neckline) untuk lock-in keuntungan awal.
  • TP2: Baki 50% di pegang sehingga capai full TP atau gunakan trailing stop (contoh: 0.5 × ATR) untuk mengunci lebih banyak keuntungan jika harga terus bergerak.

Multi-Timeframe Check

  1. Semak corak dan breakout pada time frame lebih besar (H4/Daily) untuk elakkan noise pada time frame kecil.
  2. Entry pada TF kecil boleh dibuat selepas confirmation pada TF besar bagi risk/reward lebih baik.

Secara ringkas, Head and Shoulders Pattern ialah corak teknikal yang sangat berguna untuk mengenal pasti perubahan trend daripada bullish kepada bearish, manakala Inverse Head and Shoulders pula memberi isyarat potensi peralihan daripada bearish kepada bullish. Corak ini menjadi lebih berkesan apabila disokong oleh breakout neckline yang jelas, pengesahan volume, serta pengurusan risiko yang berdisiplin.

Untuk pemahaman yang lebih menyeluruh tentang struktur corak, kaedah pengesahan dan cara mengaplikasikan Head and Shoulders Pattern dengan lebih tepat, baca panduan lengkap **Maksud Head and Shoulders **di Ultima Markets Academy sebagai rujukan pembelajaran trading anda.


메타데이터
post_id
57d7fa02ef17
slug
maksud-head-and-shoulders-pattern-dalam-trading-57d7fa02ef17
url
https://medium.com/@ultima.malaysia/maksud-head-and-shoulders-pattern-dalam-trading-57d7fa02ef17
canonical_url
https://medium.com/@ultima.malaysia/maksud-head-and-shoulders-pattern-dalam-trading-57d7fa02ef17
author_url
https://medium.com/@ultima.malaysia
status
ok
fetched_at
2026-08-21 05:13:29