← Back to list

Sekasta 4 hasta.

Menongkah arus melawan takdir,

Young Ali · 2020-10-24 13:48 · 1 claps · 0.3 min read
#puisi #hidup #mati #penat #tuhan-datang
Open on Medium ↗
Wiki topics: ⚖️ · Law & Justice

Sekasta 4 hasta.

Menongkah arus melawan takdir,

Deras adrenalin laju mengalir,

Sekeras fizikal cerdas minda,

Degilnya aku seorang manusia.

Bercabang lidah di hadapan akal,

Ke kiri ke kanan mencari penemu,

Tuhan, jiwanya merawan,

Tuhan, tolong aku.

Jauhku duga aturanMu,

Jauh sehingga aku hilang punca,

Kebas seluruh deria tubuhku,

Menangis aku, tertunduk pilu.

Andai jasadku tidak lagi bernyawa,

Ku mohon jiwa ini bersih,

Supaya kepergianku menjadi peringatan,

Bahawa kita semua adalah seorang pendosa,

Pendosa yang tidak berdosa.


메타데이터
post_id
664aba4641d3
slug
sekasta-4-hasta-664aba4641d3
url
https://medium.com/@youngali/sekasta-4-hasta-664aba4641d3
canonical_url
https://medium.com/@youngali/sekasta-4-hasta-664aba4641d3
author_url
https://medium.com/@youngali
status
ok
fetched_at
2026-07-28 18:25:08