Todak Lancar Butik Baru ANC x TODAK, Bakal Umum Divisi & Team MLBB Baru Esok?!
Jom Datang Esok!
Todak Lancar Butik Baru ANC x TODAK, Bakal Umum Divisi & Team MLBB Baru Esok?!
Jom Datang Esok!

Shah Alam bakal menjadi tumpuan esok, 18 Januari 2025 dengan pelancaran butik eksklusif ANC x TODAK hasil kolaborasi antara Todak dan ANC.LTD. Bertempat di K Commercial, Seksyen 13, Shah Alam, acara ini menjanjikan pengalaman luar biasa untuk pengunjung dengan pelbagai aktiviti menarik dan pengumuman besar yang dinantikan ramai.
Butik ANC x TODAK: Gabungan Fesyen dan Gaya Hidup Moden

Majlis pelancaran ini bakal bermula dari jam 9 pagi sehingga 10 malam. Butik ANC x TODAK menawarkan koleksi fesyen eksklusif yang menggabungkan elemen gaya hidup urban dan DNA unik Todak. Ini adalah langkah penting bagi Todak untuk terus berkembang bukan sahaja dalam arena esports tetapi juga dalam industri fesyen tempatan.
Aktiviti Menarik Menanti Pengunjung

Selain daripada melihat koleksi terbaru, pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik, termasuk:
- Art Splash
- Fashion Runways ANC x TODAK
- Live Drawing bersama Zamer Pentbrush
- Meet & Greet bersama Pemain MLBB Todak
- MLBB Funmatch (Pro Player vs Influencer)
- Demonstrasi Todak RC
- Lucky Draw

Acara ini akan dihoskan oleh personaliti terkenal, Mars dan Ikuto, manakala perasmiannya akan disempurnakan oleh YB Adam Adli.
Pengumuman Divisi dan Pasukan MLBB Baru

Kemuncak kepada acara ini adalah pengumuman eksklusif Todak mengenai divisi esports baru mereka serta pelancaran pasukan MLBB baru Todak. Pengumuman ini sememangnya dinantikan oleh peminat dan komuniti esports yang ingin mengetahui arah tuju baru organisasi ini untuk musim kompetitif akan datang.

Jumpa korang esok di ANC x TODAK, K Commercial, Seksyen 13 Shah Alam!
메타데이터
- post_id
- 6e192f0a5396
- slug
- todak-lancar-butik-baru-anc-x-todak-bakal-umum-divisi-team-mlbb-baru-esok-6e192f0a5396
- url
- https://medium.com/gamers-gazette-my/todak-lancar-butik-baru-anc-x-todak-bakal-umum-divisi-team-mlbb-baru-esok-6e192f0a5396
- canonical_url
- https://medium.com/gamers-gazette-my/todak-lancar-butik-baru-anc-x-todak-bakal-umum-divisi-team-mlbb-baru-esok-6e192f0a5396
- author_url
- https://medium.com/@gamersgazettemy
- status
- ok
- fetched_at
- 2026-07-21 07:28:30