← Back to list

R7 Bakal Comeback Ke Pro Scene? Ini Sebabnya!

Betul ke ni?

Hazrul Mdnor in Gamers Gazette MY · 2024-06-21 06:54 · 0 claps · 0.9 min read
#r7 #rrq-hoshi #team-rrq #mpl-id #mlbb
Open on Medium ↗
Wiki topics: ⚾ · Baseball

R7 Bakal Comeback Ke Pro Scene? Ini Sebabnya!

Betul ke ni?

Foto: DuniaGames

Foto: DuniaGames

Rivaldi “R7” Fatah adalah salah seorang pemain Exp Laner yang terbaik sewaktu zaman beliau bermain bersama Team RRQ sebelum ini.

Dia merupakan bekas pemain Dota 2 dan memulakan debut di arena kompetitif Mobile Legends sewaktu MPL Indonesia musim keempat bersama Team RRQ.

Sepanjang kariernya berlangsung, R7 tidak pernah memegang piala Kejohanan Dunia Siri M Mobile Legends dan hampir sahaja mendapatkan piala tersebut sewaktu Kejohanan Dunia M4.

Akan tetapi, impian tersebut dimusnahkan oleh pasukan Echo yang berjaya menewaskan RRQ ketika itu dengan skor akhir 3–1. R7 kemudiannya membuat keputusan untuk berehat seketika dari arena kompetitif dan fokus kepada streaming.

Kini, melalui perkongsian video yang dimuat turun oleh Youtuber, Rigen Rakelna. R7 dikhabarkan akan kembali ke arena kompetitif Mobile Legends.

“Saya secara peribadi merasakan tidak puas selagi belum bergelar juara dunia. Masih ingin jadi juara di Kejohanan Dunia Siri M ataupun mendapatkan medal emas di sukan SEA.

“Saya ingin mengikut sukan SEA lagi, jika ada pendaftaran yang tidak memerlukan bantuan orang lain pasti saya akan ikut.” ujarnya.

Adakah kita akan melihat R7 kembali ke dalam barisan pemain pasukan RRQ di musim hadapan? Nantikan.

Sumber: ONE Esports


메타데이터
post_id
70cdc73f6816
slug
r7-bakal-comeback-ke-pro-scene-ini-sebabnya-70cdc73f6816
url
https://medium.com/gamers-gazette-my/r7-bakal-comeback-ke-pro-scene-ini-sebabnya-70cdc73f6816
canonical_url
https://medium.com/gamers-gazette-my/r7-bakal-comeback-ke-pro-scene-ini-sebabnya-70cdc73f6816
author_url
https://medium.com/@hazrulmdnor93
status
ok
fetched_at
2026-08-25 22:52:31