Netflix Sah Acquire Anime JoJo’s Bizarre Adventure Part 7!
Steel Ball Run akhirnya dapat adaptasi anime!
Netflix Sah Acquire Anime JoJo’s Bizarre Adventure Part 7!
Steel Ball Run akhirnya dapat adaptasi anime!

Netflix telah mengesahkan bahawa mereka telah memperoleh hak penyiaran streaming eksklusif di seluruh dunia untuk adaptasi anime JoJo’s Bizarre Adventure Part 7: Steel Ball Run. Ini merupakan salah satu saga yang paling diiktiraf daripada siri manga legendaris Hirohiko Araki. Pengumuman rasmi telah dibuat melalui akaun X rasmi Netflix dan turut dipaparkan dalam barisan kandungan sempena ulang tahun ke-10 Netflix Japan.
Walaupun tarikh tayangan sebenar belum didedahkan, laporan mencadangkan siri ini akan debut pada tahun 2026. Halaman khas yang dinamakan “STEEL BALL RUN JoJo’s Bizarre Adventure” juga telah dilancarkan di Netflix.
Jalan Cerita & Karakter Utama

Steel Ball Run adalah reboot universe JoJo’s Bizarre Adventure. Story ini beralih dari saga keluarga Joestar ke Amerika yang alternatif pada tahun 1890-an. Ia berpusat pada perlumbaan kuda cross-country epik, “Steel Ball Run,” yang merentasi San Diego ke New York.
Plot ini mengikuti Johnny Joestar, bekas jockey prodigy yang lumpuh dari pinggang ke bawah dan melihat perlumbaan sebagai harapan terakhirnya untuk berjalan semula.
Sepanjang perjalanan, dia bertemu dengan mentor yang tidak disangka, Gyro Zeppeli, seorang lelaki Itali yang memperkenalkan kepadanya kuasa mystical yang dikenali sebagai “Spin”. Bersama-sama, mereka mengharungi perlumbaan yang berbahaya, melawan penunggang saingan bukan sahaja untuk hadiah wang tunai tetapi juga untuk “Corpse Parts” misteri, yang memberikan kuasa supernatural.
David Production Kembali!

Animation studio David Production, yang terkenal kerana mengendalikan semua musim anime JoJo’s sebelum ini, akan kembali untuk mengetuai projek itu dengan kerjasama Warner Bros. Japan. Staff kreatif utama dari musim-musim awal juga akan kembali, termasuk Series Director Toshiyuki Kato (Stone Ocean), Script Supervisor Yasuko Kobayashi dan Character Designer Daisuke Tsumagari (Golden Wind).
Fans yang eager untuk butiran lanjut boleh tonton global livestream event pada 23 September 2025 pukul 5:30 PM JST di saluran YouTube rasmi Warner Bros. Japan Anime. Acara ini dijangka akan mendedahkan trailer pertama, cast announcements dan butiran episode.
메타데이터
- post_id
- 73ccb734c421
- slug
- netflix-sah-acquire-anime-jojos-bizarre-adventure-part-7-73ccb734c421
- url
- https://medium.com/lumea-tv/netflix-sah-acquire-anime-jojos-bizarre-adventure-part-7-73ccb734c421
- canonical_url
- https://medium.com/lumea-tv/netflix-sah-acquire-anime-jojos-bizarre-adventure-part-7-73ccb734c421
- author_url
- https://medium.com/@gamersgazettemy
- status
- ok
- fetched_at
- 2026-06-10 09:45:17