← Back to list

100 Thieves & GEN.G Ke Pusingan Seterusnya

100 Thieves menang mudah manakala Gen.G terpaksa bekerja keras untuk menewaskan pemenang VCT Masters Tokyo

Haikal Johari in Gamers Gazette MY · 2024-05-31 09:33 · 0 claps · 1.2 min read
#valorant #vct-masters-shanghai #100-thieves #geng #fnatic
Open on Medium ↗
Wiki topics: FT · Fine-tuning & Adaptation ML · Machine Learning

100 Thieves & GEN.G Ke Pusingan Seterusnya

100 Thieves menang mudah manakala Gen.G terpaksa bekerja keras untuk menewaskan pemenang VCT Masters Tokyo

Pasukan Americas, 100 Thieves menang mudah menentang FUT Esports dengan skor bersih 2–0. 100 Thieves yang merupakan antara pasukan kegemaran ramai untuk menjuarai Valorant Champions Tour (VCT) Masters Shanghai menewaskan Icebox dengan skor 13–2. Walaupun FUT Esports yang terkenal dengan post plant mereka yang mempunyai kejyaan yang tinggi, namun mereka tidak dapat menghentikan eeiu yang berjaya menjadi top fragger 100 Thieves dengan agent Sova.

[embed]

Di map Bind, Cryo yang merupakan duelist untuk 100 Thieves flex ke Brimstone menjadi pemain pertama dalam VCT untuk mempunyai kill paling banyak apabila menggunakan agent tersebut. Cryo yang mendapat 452 Average Combat Score (ACS) dengan Kill/Death/Assist (KDA) 32/11/5 untuk menutup Bind dengan skor 13–5.

[embed]

Dalam perlawanan kedua iaitu Fnatic menentang Gen.G, Gen.G berjaya membawa momentum mereka dari Swiss Stage untuk memberi cabaran kepada Fnatic yang tiba sebagai juara EMEA. Di map pilihan Gen.G iaitu Lotus, mereka tewas di tangan Fnatic dengan skor 13–10.

[embed]

Di map pilihan Fnatic iaitu Bind, Meteor yang memainkan Cypher tidak memberikan kemudahan kepada Fnatic lalu menewaskan mereka dengan skor 13–10. Walaupun Alfajer berjaya menjadi top fragger dengan 26 kill, namun dia tidak dapat membantu pasukannya untuk memenangi map Bind.

[embed]

Breeze menjadi map penentu untuk game ketiga yang mana Gen.G menutup map ini dengan skor 13–11. Walaupun, Gen.G tewas 7–5 di first half sebagai defender, mereka kembali menewaskan Fnatic dan t3xture menjadi pemain terbaik mereka.

[embed]

Gen.G akan bertemu 100 Thieves dan FUT Esports akan berjumpa dengan Fnatic di Lower Bracket.


메타데이터
post_id
76357ff76ccb
slug
100-thieves-gen-g-ke-pusingan-seterusnya-76357ff76ccb
url
https://medium.com/gamers-gazette-my/100-thieves-gen-g-ke-pusingan-seterusnya-76357ff76ccb
canonical_url
https://medium.com/gamers-gazette-my/100-thieves-gen-g-ke-pusingan-seterusnya-76357ff76ccb
author_url
https://medium.com/@haikaljohari10
status
ok
fetched_at
2026-07-23 17:46:46