RSG MY Umum Line-Up MPL MY S14, Bawa Masuk Bekas Jurulatih Todak!
RIPPO & STOWM je yang kekal!
RSG MY Umum Line-Up MPL MY S14, Bawa Masuk Bekas Jurulatih Todak!
RIPPO & STOWM je yang kekal!

Akhirnya RSG MY telah mengumumkan roster mereka bagi menghadapi MPL MY S14 yang akan datang. Nampaknya banyak muka-muka baru!
Seperti yang korang tahu, RSG MY baru-baru ini telah melepaskan Loleaz dan juga Izanami yang mana kita tahu Loleaz akan bermain untuk JP NINERS. Dari line-up yang ditunjukkan, hanya RIPPO dan STOWM saja yang kekal dari line-up musim yang lepas.

Kredit: RSG MY
Bagi posisi jurulatih selepas RAIN dan Sorapayung mengumumkan yang mereka keluar dari RSG MY, pasukan tersebut nampaknya akan membawa bekas jurulatih Todak iaitu Coach Behave bagi menggalas tugas tersebut.
Selain itu Maima yang sebelum ini bermain untuk Team Haq dan juga Xavvsz yang bermain untuk JP NINERS nampaknya akan bermain untuk RSG MY untuk musim ini.
Tidak dilupakan mereka juga memasukan wajah baru iaitu Ilhamm dan juga Rannqt yang mana sebelum ini bermain untuk Barracuda Beta di MAL S1.
Adakah RSG MY mampu memberikan saingan pada musim ini selepas segala masalah yang menimpa mereka pada musim lepas? Sama-sama kita nantikan!
메타데이터
- post_id
- 78e99c96929a
- slug
- rsg-my-umum-line-up-mpl-my-s14-bawa-masuk-bekas-jurulatih-todak-78e99c96929a
- url
- https://medium.com/gamers-gazette-my/rsg-my-umum-line-up-mpl-my-s14-bawa-masuk-bekas-jurulatih-todak-78e99c96929a
- canonical_url
- https://medium.com/gamers-gazette-my/rsg-my-umum-line-up-mpl-my-s14-bawa-masuk-bekas-jurulatih-todak-78e99c96929a
- author_url
- https://medium.com/@gamersgazettemy
- status
- ok
- fetched_at
- 2026-07-22 23:12:30