← Back to list

Seribu kalipun, aku tetap mahukan kau

faree · 2026-06-25 13:00 · 0 claps · 1.5 min read
#relationships #forgiveness #love
Open on Medium ↗
Wiki topics: 💑 · Relationships

Seribu kalipun, aku tetap mahukan kau

Kau panggil lagi nama depanku: Reefa. Sedangkan nama itu jarang sekali terdengar daripada mulutmu. Kau tidak menyapaku dengan nama itu walaupun engkau suka akan namaku itu yang membawa maksud yang mulia.

“Sayang” panggilan yang sering kau lontarkan – nyaris setiap hari.

Langsung ku mengenalpasti kata-kata apa yang kau akan lontarkan. Kadang dengan makian. Kadang dengan kata-kata yang terdengar dengan penuh amarah.

Sakit — satu kata yang boleh aku ekspresikan setiap kali kita bertengkar. Semua kata-kata yang keluar daripada mulutmu yang lihai itu kadang tidak dijangka seolah-olah rasa sayang kau padaku pudar, lenyap dengan kata-kata yang terlepas dari mulutmu.

Namun, aku terima semuanya. Bukan kerana aku tak peduli. Bukan juga kerana aku tak sayang. Tapi kerana aku cukup menyayangimu. Kerana saat kata-kata itu sukar diterima, aku cuba memahami kenapa sanggup kau berkata sebegitu sedangkan kau tahu, aku orangnya cembeng. Senang terasa oleh buah mulut orang.

Dan pada akhirnya, kau hanya lelah dan aku tempat paling selamat untuk kau melepaskan semua amarah kau.

Kupanggil lagi, nama panggilanmu: Sayang. Pengingat bahwa aku masih menyayangimu dan harapnya kau juga begitu.

“Sayang, orang tahu kamu penat. Sabar dulu. Take a breath

Tak terkeluar namamu daripada mulutku. Takut, terdengar kasar walhal kau hanya mahu difahami ketika itu. Padahal, kalau nak dibandingkan, kata-kata kau jauh lebih kasar. Tapi aku terima semua lukanya. Kerana dalam apa jua keadaan, perasaan sayang itu masih ada untuk kau dan engkau seorang.

Kadang terlintas di kepala kecilku, rasanya, berapa kali lagi aku boleh maafkan kau sesenang itu. Berapa kali lagi kita akan saling memaafkan? Aku memaafkan kata-kata yang keluar daripada mulutmu dan kau memaafkan segala perihal salahku.

Aku harap jawabannya kita tidak akan pernah muak memaafkan kesalahan masing-masing. Walaupun memenatkan, tapi itu yang aku pilih. Aku pilih untuk sentiasa memaafkan kau. Untuk sentiasa cuba fahami kau. Untuk sentiasa memilih kau.

Semoga kau memilih itu juga. Memilih untuk terus-terusan memaafkan kekhilafanku. Untuk tetap mengajarku apa yang betul, apa yang salah, biar aku boleh memahamimu lebih lagi. Dan, semoga lambat laun juga kau akan memahami aku dan diri kau sendiri. Semoga aku sentiasa ada tempat tersendiri yang tersemat di hatimu yang tak pernah tergeser, mengecil, atau bahkan hilang dari tempat asalnya.

Kau yang aku cinta dan harapnya kau mencintaiku dengan sama. Biarpun penat, kerana akhirnya, ia tidak akan tersia-sia.


메타데이터
post_id
7e957f9cfd70
slug
seribu-kalipun-aku-tetap-mahukan-kau-7e957f9cfd70
url
https://medium.com/@syiivx/seribu-kalipun-aku-tetap-mahukan-kau-7e957f9cfd70
canonical_url
https://medium.com/@syiivx/seribu-kalipun-aku-tetap-mahukan-kau-7e957f9cfd70
author_url
https://medium.com/@syiivx
status
ok
fetched_at
2026-07-09 17:36:58