Undian Kumpulan VCT Champions Seoul Telah Diumumkan
Kumpulan B mengumpulkan 3 finalist VCT Masters tahun ini!
Undian Kumpulan VCT Champions Seoul Telah Diumumkan
Kumpulan B mengumpulkan 3 finalist VCT Masters tahun ini!

Sumber: Riot Games
Selepas tamatnya perlawanan Grand Final Valorant Champions Tour (VCT) Americas yang mana Leviatan menjadi juara untuk liga itu selepas menewaskan G2 Esports dengan skor 3–1, Riot Games telah melakukan undian bagi menentukan kumpulan untuk VCT Champions Seoul yang akan bermula pada 1 Ogos ini.

Sumber: Riot Games
Ia merupakan satu format draw yang mudah yang mana setiap kumpulan akan mempunyai empat pasukan yang mana pasukan yang menjuarai liga region mereka akan dijadikan pilihan pertama dan naib juara serta tempat ketiga akan menjadi pilihan kedua dan ketiga. Untuk pasukan keempat, mereka layak secara Championship Point yang mereka kumpul dari permulaan musim ini. Mereka akan menjadi pilihan keempat untuk undian. Setiap kumpulan tidak boleh memiliki dua pasukan dari region yang sama.
[embed]
Ini adalah keputusan undian VCT Champions Seoul mengikut pilihan dalam kumpulan :-
Kumpulan A — Fnatic, DRX, KRU Visa, BiliBili Gaming
Kumpulan B — GEN.G, Funplus Phoenix, Team Heretics, Sentinels
Kumpulan C — Leviatan, Team Vitality, Trace Esports, Talon Esports
Kumpulan D — Edward Gaming, G2 Esports, Paper Rex, FUT Esports
[embed]
Ramai menjangkakan bahawa kumpulan B akan menjadi group of death dalam fasa kumpulan kali ini yang mana kedua-dua juara VCT Masters tahun ini berada dalam satu kumpulan iaitu, VCT Masters Madrid yang dimenangi Sentinels dan VCT Masters Shanghai yang dimenangi GEN.G. Team Heretics yang berjaya ke Grand Final VCT Masters Shanghai bakal berikan saingan dan Funplus Phoenix yang digelar pasukan yang berpotensi tinggi untuk menjadi dark horse tidak boleh dipandang remeh dan boleh mengejutkan pasukan gergasi dalam kumpulan ini.

Sumber: Riot Games
Leviatan mempunyai jalan mudah untuk ke pusingan seterusnya apabila mereka akan bertemu dengan tiga pasukan yang jarang ke pentas dunia dan dengan dua bekas juara dunia dalam pasukan itu, C0M dan aspas, mereka sudah semestinya akan menjadi pasukan kegemaran ramai untuk mengangkat piala ini.
VCT Champions Seoul yang akan bermula pada 1 Ogos ini akan mempunyai fasa kumpulan dan fasa playoffs yang mana mereka akan menggunakan format double elimination untuk mencari juara baharu untuk tahun ini. Persoalan yang berada dalam ramai peminat adalah bolehkah Americas menjadi juara tiga kali berturut-turut ataupun EMEA akan kembali semula untuk menjulang piala ini ataupun Pacific dan China akan akhirnya akan menyertai dua region lain. Semua persoalan akan terjawab pada 25 Julai ini.
메타데이터
- post_id
- 82d915530fb0
- slug
- undian-kumpulan-vct-champions-seoul-telah-diumumkan-82d915530fb0
- url
- https://medium.com/gamers-gazette-my/undian-kumpulan-vct-champions-seoul-telah-diumumkan-82d915530fb0
- canonical_url
- https://medium.com/gamers-gazette-my/undian-kumpulan-vct-champions-seoul-telah-diumumkan-82d915530fb0
- author_url
- https://medium.com/@haikaljohari10
- status
- ok
- fetched_at
- 2026-07-23 08:12:15