← Back to list

TAMAT RIWAYAT TODAK DI MPL MY S15!

Kali pertama Todak gagal ke playoff sejak MPL MY/SG S4!

LUMEA Admin in Gamers Gazette MY · 2025-05-24 10:25 · 0 claps · 2.1 min read
#todak #mpl-my-s15 #playoffs #mpl-my-s16 #gamejus-malaysia
Open on Medium ↗

TAMAT RIWAYAT TODAK DI MPL MY S15!

Kali pertama Todak gagal ke playoff sejak MPL MY/SG S4!

Todak Gagal Ke Playoff Selepas Kemenangan Vamos

Musim MPL MY S15 menyaksikan sejarah tercipta — buat kali pertama sejak penampilan mereka di MPL MY/SG Season 4, Todak gagal layak ke peringkat Playoff.

Segalanya sah selepas Team Vamos menewaskan AERO Esports dengan keputusan 2–1, sekaligus mengesahkan kedudukan Todak di luar zon selamat. Walaupun mereka masih ada satu lagi perlawanan menentang JP Niners pada Ahad nanti, ia tidak akan mengubah nasib mereka musim ini.

Prestasi Merudum, Era Dominasi Mula Pudar?

Todak pernah menjadi pasukan paling digeruni di Malaysia. Mereka merupakan pasukan pertama yang menjuarai MPL MY sebanyak tiga kali — ketika MPL MY/SG S6, MPL MY S9 dan MPL MY S11.

Namun musim ini menyaksikan kejatuhan mendadak dari pasukan lagenda ini. Dengan ketiadaan prestasi konsisten dan cabaran dari pasukan muda yang lebih lapar, dominasi Todak akhirnya terhenti.

Pengunduran Ashi, Saiful dan Kuja Jadi Tanda Tanya

Beberapa minggu sebelum ini, Todak mengumumkan pengunduran tiga tonggak utama dalam pasukan pengurusan mereka iaitu Ashi selaku pengurus, Saiful sebagai Head Coach dan Kuja sebagai Analyst.

Ashi, atau nama sebenarnya Mohd Syazlan Bin Mohd Rosdi adalah individu yang bertanggungjawab menubuhkan pasukan esports MLBB Todak dari kosong. Beliau memegang peranan pengurus selama tujuh tahun dan menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan-kejayaan besar Todak.

Tanpa figura penting dalam organisasi dan gagal mara ke playoff, masa depan Todak kini penuh persoalan. Adakah ini sekadar fasa sukar atau permulaan kepada perubahan besar dalam struktur pasukan?

Korang nak cari top-up in game yang murah tapi takut kena scam or nak services yang cepat? Jangan risau sebab Gamejus Malaysia kan ada!

Dapatkan top-up in-game currency dari MLBB, HOK, PUBG Mobile, Free Fire dan bermacam-macam lagi permainan video di SINI!


메타데이터
post_id
8f88416dedc9
slug
tamat-riwayat-todak-di-mpl-my-s15-8f88416dedc9
url
https://medium.com/gamers-gazette-my/tamat-riwayat-todak-di-mpl-my-s15-8f88416dedc9
canonical_url
https://medium.com/gamers-gazette-my/tamat-riwayat-todak-di-mpl-my-s15-8f88416dedc9
author_url
https://medium.com/@gamersgazettemy
status
ok
fetched_at
2026-07-19 18:24:08