← Back to list

Firasat Empati Tinggi.

sabar, jangan marah dan salah erti

rantaikatatma · 2025-09-20 13:17 · 0 claps · 1.0 min read
#empathy #mulut
Open on Medium ↗

Firasat Empati Tinggi.

sabar, jangan marah dan salah erti

sabar, jangan marah dan salah erti

Aku suka hamburkan kata terus melalui penulisan, kerana pada sifat asalnya bibir aku tak mudah untuk lanturkan kata-kata dalam bunyi yang mudah, tapi kadang kata yang aku tuliskan boleh juga hilang dari tujuan asli. Jadi, aku banyak pilih diam dari berbunyi dalam hal emosi,

hanya kerana satu sebab, aku terlalu banyak fikir; orang, orang, orang, dan orang lain.

Kata-kata aku sering orang salah dengar dan salah faham, atau mungkin memang salah aku yang tak jaga hati, asbab dari selalu praktikkan diri berkata yang tak mendatangkan manfaat suapan rohani, dan terdengar dangkal juga cetek akal. Walhal, itu tujuan aku diwujudkan — amr ma’ruf nahi mungkar.Namun, aku hanyut tak sedar diri.

Dalam dunia, sensitiviti orang berbeza-beza, tapi aku boleh baca — dengan empati yang cukup tinggi; aku telan semua tanpa aku minta, tapi aku tetap tanggung kerana tahu, semua nya punca dari mulut sendiri. Bukan tak pernah lebihkan diri dan bukan terlalu keras dengan diri sendiri, tapi terlalu leka dan pada akhirnya aku melukai dan menyakiti hati yang tak salah dalam diam. Aku tahu ramai yang menyimpan rasa sakit angkara aku. Dari pihak aku, aku nak meminta maaf berjuta kali, tariklah semua rasa salah aku buang dari hati, aku dan kamu.

yang salah,

rantaikataatma

@sihwapai


메타데이터
post_id
90f98ed970a0
slug
firasat-empati-tinggi-90f98ed970a0
url
https://medium.com/@rantaikatatma/firasat-empati-tinggi-90f98ed970a0
canonical_url
https://medium.com/@rantaikatatma/firasat-empati-tinggi-90f98ed970a0
author_url
https://medium.com/@rantaikatatma
status
ok
fetched_at
2026-06-26 08:21:59