Hazle Kekal Di AERO Esports Untuk MPL MY S16!
Kekal untuk satu lagi musim!
Hazle Kekal Di AERO Esports Untuk MPL MY S16!
Kekal untuk satu lagi musim!

Hari ni, AERO Esports telah umumkan secara rasmi yang Hazle, jungler muda dari Indonesia yang dipinjam dari RRQ Hoshi akan terus bersama mereka untuk MPL MY S16. Berita ini dikongsi terus oleh AERO di media sosial mereka dengan mesej penuh keyakinan untuk musim baru.

Tempoh pinjaman Hazle yang sebelum ini berakhir selepas MPL MY S15, kini dilanjutkan lagi untuk satu musim, membuktikan keyakinan AERO terhadap prestasi luar biasanya.
Latar Belakang Hazle Sebagai Pro Player
Hazle memulakan karier profesionalnya di MDL ID S8 bersama Pajajaran Esports, dan sejak tu dia semakin menyerlah.

Debut MPL ID? Dia naik pangkat ke team utama RRQ Hoshi pada MPL ID S14 — satu langkah besar untuk mana-mana jungler muda. Tapi walaupun belum sempat jadi regular starter di RRQ, pinjaman ke AERO Esports berjaya jadi platform terbaik untuk dia buktikan kemampuan sebenar.

Dengan pengalaman musim lalu, serta sokongan penuh dari AERO, Hazle dijangka akan lebih menyinar musim ni. Tambahan pula dengan kemasukan Smooth ke dalam pasukan AERO sebagai EXP laner, kombinasi jungle–EXP nampak makin mantap.
Soalan sekarang — boleh ke Hazle bantu AERO pecahkan dominasi pasukan top seperti RSG dan Homebois?
Korang nak cari top-up in game yang murah tapi takut kena scam or nak services yang cepat? Jangan risau sebab Gamejus Malaysia kan ada!

Dapatkan top-up in-game currency dari MLBB, HOK, PUBG Mobile, Free Fire dan bermacam-macam lagi permainan video di SINI!
메타데이터
- post_id
- 938b2a370c2a
- slug
- hazle-kekal-di-aero-esports-untuk-mpl-my-s16-938b2a370c2a
- url
- https://medium.com/gamers-gazette-my/hazle-kekal-di-aero-esports-untuk-mpl-my-s16-938b2a370c2a
- canonical_url
- https://medium.com/gamers-gazette-my/hazle-kekal-di-aero-esports-untuk-mpl-my-s16-938b2a370c2a
- author_url
- https://medium.com/@gamersgazettemy
- status
- ok
- fetched_at
- 2026-07-13 10:01:11