DX Originz Muncul Juara Melaka X Esports Championship!
DX Originz membawa pulang hadiah wang tunai dan Smartphone!
DX Originz Muncul Juara Melaka X Esports Championship!
DX Originz membawa pulang hadiah wang tunai dan Smartphone!

Pada hujung minggu yang lepas, peminat-peminat MLBB di Melaka telah disajikan dengan kejohanan Melaka X Esports Championship yang mana berlangsung di Melaka Mall dengan prizepool berjumlah RM3,000.

Kejohanan yang ditaja oleh Infinix Malaysia dan dengan rakan kongsi rasmi Kementerian Belia Dan Sukan, Rakan Muda, Rakan Digital dan juga Malaysia Esports Federation (MESF).

Pada peringkat Grand Final, dua pasukan terhebat iaitu DX Originz telah menentang dengan Team Kayai. Namun pasukan MAL ini dengan mudah berjaya menumbangkan Team Kayai dengan mata 2 berbalas 0.

Juara iaitu DX Originz telah membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 dan MVP kejohanan telah diberikan kepada pemain DX Originz, Hide On Bush yang mana bermain dibahagian Jungler.

Selain wang tunai, Hide On bush juga membawa pulang smartphone Infinix Note 30 Pro 5G. Salah seorang pengunjung bertuah iaitu Hamiz Syamim juga berjaya membawa pulang sebuah Infinix Note 30 Pro 5G!
메타데이터
- post_id
- 9da2500b4ec4
- slug
- dx-originz-muncul-juara-melaka-x-esports-championship-9da2500b4ec4
- url
- https://medium.com/gamers-gazette-my/dx-originz-muncul-juara-melaka-x-esports-championship-9da2500b4ec4
- canonical_url
- https://medium.com/gamers-gazette-my/dx-originz-muncul-juara-melaka-x-esports-championship-9da2500b4ec4
- author_url
- https://medium.com/@gamersgazettemy
- status
- ok
- fetched_at
- 2026-07-26 18:43:57