← Back to list

#ReviewGame: Jangan Main Skull & Bones!

Ada satu game yang hampir sama tapi lagi baik dari Skull & Bones

Haikal Johari in Gamers Gazette MY · 2024-02-27 04:00 · 1 claps · 2.1 min read
#skull-bones #assassin-creed #black-flag #ubisoft #sea-of-thieves
Open on Medium ↗
Wiki topics: 📊 · Economic Policy

#ReviewGame: Jangan Main Skull & Bones!

Ada satu game yang hampir sama tapi lagi baik dari Skull & Bones

Game terbaharu daripada Ubisoft kini tiba iaitu Skull & Bones telah mendapat review yang teruk daripada ramai gamers dan pada mulanya ia nampak seperti satu game yang secara grafiknya cantik, namun gameplay game ini tidak mencapai standard gamers.

11 tahun lepas, kita dikenalkan dengan satu siri game yang merupakan antara yang terbaik untuk genre lanun iaitu Assassin Creed: Black Flag yang juga dikeluarkan oleh Ubisoft.

Kita berfikir bahawa, jika Black Flag sudah dianggap sebagai satu game yang sempurna, macam mana game yang akan dibuat 11 tahun akan datang. Jawapan untuk soalan tersebut adalah ianya teruk, kelihatan seperti projek yang tidak siap dan secara keseluruhannya downgrade secara jujurnya.

[embed]

Jadi apa yang kurang dalam game ini selain daripada grafik yang tidak dapat disangkal lagi sangat cantik untuk dilihat.

Untuk satu publisher yang keluarkan game yang mempunyai konsep yang hampir sama daripada Black Flag adalah satu downgrade bagi game ini dari segi mekanik permainan, jalan cerita dan pelbagai lagi aspek yang tidak ada dalam Skull & Bones.

Sebagai contoh, macam mana karakter dalam game lanun tidak boleh berenang dekat laut.

Ya, kita tahu game ini fokuskan kepada mod Multiplayer dan peperangan antara kapal. Akan tetapi, game itu akan jadi lebih baik kalau kita boleh berenang dan mungkin panjat untuk menyerang hendap kapal pihak lawan.

Bukan itu sahaja, sistem boarding game ini sangat ringkas. Jika dibandingkan dengan Black Flag, kita boleh pergi ke kapal musuh dan berlawan dengan musuh untuk merampas kapal itu.

[embed]

Ia agak menyedihkan melihat potensi game ini yang sudah semestinya boleh pergi jauh namun disekat oleh orang atasan Ubisoft yang tercabar dengan kejayaan Sea of Thieves. Menurut satu Redditor, dia memberikan satu timeline mengenai Skull & Bones.

Menurutnya, Ubisoft Singapore bertanggungjawab dalam melakukan mekanik kapal di Black Flag dan sudah semestinya mereka mahukan lagi game seperti Black Flag yang memfokuskan kepada kapal.

Selepas beberapa tahun, prototype mereka ditolak Ubisoft sebelum pengarah game itu keluar dan digantikan oleh orang berbeza. Namun selepas keluarnya Sea of Thieves, Ubisoft menyuruh Ubisoft Singapore menukar keseluruhan game itu dan menjadikan Sea of Thieves sebagai contoh.

Namun, pengarah itu keluar dan meninggalkan satu kesan yang buruk kepada studio itu. Dan selepas beberapa eksekutif Ubisoft keluar dari syarikat itu, pihak atasan baharu mahukan game ini dikeluarkan secepat mungkin dan pekerja Ubisoft terpaksa mengeluarkan Skull & Bones yang tidak beberapa lengkap di mata gamers.

Ramai yang mengambil simpati dengan pekerja Ubisoft Singapore yang cuba memberikan idea baharu namun ditolak orang atasan.

Akhir sekali, gamers-gamers lebih menyarankan orang untuk bermain Black Flag yang mempunyai jalan cerita serta mekanik yang lebih baik daripada Skull & Bones. Tak semestinya grafik yang baik menjaminkan satu game yang baik terutama sekali daripada studio ‘AAA’ dengan reputasi yang besar.


메타데이터
post_id
a68c3a67e674
slug
reviewgame-jangan-main-skull-bones-a68c3a67e674
url
https://medium.com/gamers-gazette-my/reviewgame-jangan-main-skull-bones-a68c3a67e674
canonical_url
https://medium.com/gamers-gazette-my/reviewgame-jangan-main-skull-bones-a68c3a67e674
author_url
https://medium.com/@haikaljohari10
status
ok
fetched_at
2026-08-09 00:25:10