Gemilang raih kontrak terbesar kit badan bas dari Uzbekistan
Kontrak untuk menyerah 190 kit badan bas bakal mengukuhkan kehadiran Gemilang di Asia Tengah
Gemilang raih kontrak terbesar kit badan bas dari Uzbekistan
Kontrak untuk menyerah 190 kit badan bas bakal mengukuhkan kehadiran Gemilang di Asia Tengah

JOHOR BAHRU (23 Feb): Pengeluar bas dan badan bas yang berpangkalan di Johor, Gemilang International Limited (GML) telah memperoleh tempahan tunggal terbesarnya dari Uzbekistan untuk membekalkan 190 kit badan bas, kurang sebulan selepas kumpulan itu memenangi dan memenuhi tempahan terbesarnya untuk menghantar bas sekolah elektrik ke California, Amerika Syarikat. Kontrak terbaru dari Uzbekistan bakal meletakkan syarikat Malaysia ini sebagai peserta yang lebih kukuh dalam pasaran baru di Asia Tengah dan akan membantu Kumpulan Gemilang untuk meneroka negara jiran Uzbekistan seperti Belarus dan Kazakhstan.
Kontrak untuk menghantar 190 kit badan bas secara pemasangan tempatan (CKD) ini telah diperoleh pada Februari 2022 dan dijangka akan disiapkan pada Oktober 2022. Sejak 2015, GML telah menghantar lebih daripada 160 kit badan bas ke Uzbekistan, menjadikan negara itu sebuah pasaran pertumbuhan penting bagi Kumpulan Gemilang. GML menjangkakan kontrak terbaharu ini akan menjadi penyumbang hasil utama 2022.
Uzbekistan sedang giat menaik taraf infrastruktur dan kesalinghubungannya, termasuk pengangkutan dan GML yang tersenarai di Bursa Saham Hong Kong menjangkakan lebih banyak tender pada masa depan dari negara itu. Kumpulan Gemilang optimis bahawa ia akan terus mendapat manfaat daripada pembangunan infrastruktur di Uzbekistan, memanfaatkan rekod prestasinya yang terbukti sebagai salah satu pengeluar bas dan badan bas terkemuka di Asia.
Kontrak terbaharu ini diperoleh melalui pembidaan tender kompetitif yang dijalankan bersama rakan kongsi GML termasuk pembekal casis dan pembina badan bas tempatan. Faktor utama kemenangan tender ini ialah keistimewaan kit badan aluminium rekaan GML yang menggunakan teknologi dari Switzerland. Material yang digunakan untuk struktur badan bas keluaran Gemilang terdiri daripada aloi aluminium siri 5000–6000 berketahanan tinggi (setanding dengan piawaian untuk kenderaan pengangkutan udara dan kereta api). Inilah intipati kejayaan pengalaman industri Gemilang selama tiga dekad dan GML bertekad untuk menghasilkan solusi pengangkutan mesra alam yang mudah, mampan, konsisten dan berkualiti.
Lebih penting lagi, kontrak ini membuktikan kreadibiliti GML dalam menghasilkan bas dan badan bas yang menepati piawaian keselamatan pengangkutan di negara destinasi.

Mr. Pang Chong Yong, Pengerusi & CEO Gemilang International Ltd
Mr. Pang Chong Yong, Pengerusi & CEO Gemilang International Ltd berkata: “Uzbekistan adalah salah satu daripada enam pasaran tumpuan kami untuk 2022, selain dari Amerika Syarikat, Australia, Singapura, Malaysia dan Hong Kong. Kontrak terbaru ini adalah pesanan berulang dari Uzbekistan dan merupakan batu loncatan untuk kami berkembang dengan lebih jauh di rantau ini. Kami berbesar hati kerana pesanan berulang dengan kuantiti yang lebih besar ini secara tersirat menunjukkan kepercayaan negara luar terhadap kepakaran dan kualiti produk Malaysia.
Kami merancang, bergantung kepada tender dari Uzbekistan di masa akan datang, untuk terus menghasilkan produk berkualiti secara konsisten, dan seterusnya membina kehadiran yang kukuh dan berdaya saing di dalam pasaran. GML sedang berusaha dengan aktif untuk mendapatkan projek baharu di enam negara yang disebutkan tadi. Walaupun banyak penawaran tender ditangguhkan dalam tempoh dua tahun yang lalu kerana pandemik, dengan situasi ekonomi yang semakin pulih, kami ingin melihat lebih banyak pembukaan tender dari pasaran sasaran kami tahun ini,
Kami menjangkakan lebih banyak negara jiran akan memperluas penggunaan pengangkutan elektrik bagi menjayakan usaha kerajaan masing-masing untuk mencapai matlamat neutral karbon. GML bersedia menawarkan solusi mesra alam untuk menyokong peralihan ini. Memandangkan Malaysia adalah pangkalan kami, kami berharap pembangunan berterusan ini dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara untuk jangka masa panjang seperti peningkatan peluang pekerjaan, pelaburan modal dan inovasi dalam segmen EV yang sedang pesat.”
Walaupun GML lebih menumpukan pada pembuatan dan membekalkan bas secara import sepenuhnya (CBU), Kumpulan Gemilang melihat trend peningkatan permintaan dalam segmen CKD kerana lebih banyak negara, terutamanya Amerika Syarikat, sedang mencari peluang untuk membangunkan atau memulihkan aktiviti pembuatan domestik mereka. Trend ini membuka peluang baharu buat GML di peringkat antarabangsa, selari dengan peningkatan minat global dalam bas EV.
Tambahan pula, kit badan bas yang direka khas oleh GML adalah unik dalam industri pembuatan bas. GML telah menghasilkan lebih daripada 2000 unit bas dalam bentuk CKD untuk pasaran dalam negara. Melalui solusi kit badan CKD, rakan kongsi Gemilang dari pelbagai negara akan dapat memasang bas secara tempatan. Kaedah pembuatan sebegini dapat membantu mengurangkan kos pembuatan dan modal permulaannya lebih rendah. Di samping itu, kerajaan tempatan banyak menawarkan insentif dan memberi sokongan untuk mempromosikan pengilangan secara lokal, di mana kerja-kerja pemasangan akhir bas dilakukan secara tempatan.
Berpangkalan di Johor, GML telah mereka bentuk dan menghasilkan badan bas, serta terlibat di dalam pemasangan bas selama lebih 30 tahun. Projek terbarunya dalam pasaran domestik termasuklah bas bandar elektrik pertama Sarawak untuk Kuching Metro serta projek perintis bas elektrik untuk pengangkutan awam oleh kerajaan Sabah. GML juga dikenali sebagai pembekal bas untuk bas Go KL, Rapid KL, Rapid Penang dan bas pengantara MRT sejak 13 tahun yang lalu.
메타데이터
- post_id
- a7a32eeae32d
- slug
- gemilang-raih-kontrak-terbesar-kit-badan-bas-dari-uzbekistan-a7a32eeae32d
- url
- https://medium.com/@businessjournal/gemilang-raih-kontrak-terbesar-kit-badan-bas-dari-uzbekistan-a7a32eeae32d
- canonical_url
- https://medium.com/@businessjournal/gemilang-raih-kontrak-terbesar-kit-badan-bas-dari-uzbekistan-a7a32eeae32d
- author_url
- https://medium.com/@businessjournal
- status
- ok
- fetched_at
- 2026-07-27 11:43:05