Pergi
hi, cinta aku merinduimu, datang lah lagi ke dalam mimpiku ya?
Pergi
hi, cinta aku merinduimu, datang lah lagi ke dalam mimpiku ya?

https://www.pinterest.com/pin/20618110790382076/
Angin sepoi dari luar kereta mengenai diriku yang sedang melihat ke arah luar. Suasana petang hari yang sunyi membuatku ingin memikirkan segalanya.
“Syabila,” namaku dipanggil berulang kali sampai aku tersentak. Dan anehnya, aku sudah tidak lagi di dalam kereta tadi, melainkan di taman yang tidak kutahu ke manakah jalannya. Sang lelaki itu memandangiku pelik. “kau dengar tak aku kata apa?” Mukaku berubah. Dengarkan apa?
“Kita tengah cakap tentang apa?” Keluhan keluar daripada mulutnya lalu melihatku sejenak. “Syabila, aku kena pergi.” Tanganku dipegang perlahan dengannya. Mukaku makin berkerut. Siapa dia? Kenapa dia pergi? Siapa aku di hidupnya?
“Pergi ke mana?” “jauh dari sini” “jauh ke mana?” Suara ketawa memenuhi seluruh taman ini. Kenapa pula lelaki ini tertawa melihatku kebingungan? “Banyak betul soalan kau ni.” Badannya serta kepalanya turun sedikit sehingga separuh muka aku. “Nanti juga kau akan tahu.”
Perlahan sejenak, dia melepaskan tanganku dan memulakan langkahnya. Sebelum bayangnya pergi, dia menoleh. “Jangan lupa ‘visit’ saya.” Lalu, hilanglah dia mengekori gelapnya bayangan hitam itu.
Tanpa aba-aba, kereta yang aku duduki berhenti dengan mengejut sehingga badanku bergerak ke depan dengan sendirinya. “Maaf, Cik,” pemandu teksi tua itu meminta maaf dan aku hanya tersenyum mengelengkan kepala perlahan. “Takpe, Pak cik, perkara biasa, cuma terkejut sedikit” Dia tergelak kecil.
“Kita masih ke destinasi yang sama,kan? Ke kubur di belah kanan itu.” Kubur? Fikiranku terhenti sejenak. Kubur siapa pulak aku ingin datangi ini? Tanpa kusadari, otak dan mulutku bergerak bertentangan arah tanpa aku mengawalnya. “Betul, Pak Cik, nanti Acik berhenti sahaja dekat dengan pokok hijau tu, saya masuk sendiri.” Dia tersenyum tenang dan memulakan kembali kereta Proton Saga miliknya melewati jalan kosong di pinggir kota.
Selang beberapa minit, aku melangkah keluar meninggalkan deru enjin yang kian menjauh. Di hadapan tanah pekuburan sepi ini, langkahku terhenti saat aku tiba di tempatnya. Batu nisan menuliskan sedikit perkara tentang kehidupanmu hingga matimu.
‘Ahmad Ariq Sufian Bin Ahmad Zaim Lahir: 18 Mei 1998 Wafat: 12 April 2030’
Dengan nafas yang berat, aku berbisik pada angin yang lalu, ‘Ariq, aku dah jumpa kau.” Dan kenanganku dengannya bermain di fikiran. Kenangan indah di pelaminan, di hari aku dirasmikan sebagai isterimu, tidak kusangka kita yang sekecil itu semasa di alam sekolah akhirnya bersatu. Hari di mana aku memberitahubahawa ada satu nyawa yang berada di diriku sehingga engkau pergi jauh meninggalkanku di sini.
Walhal, rupanya engkau datang ke mimpiku untuk menyuruhku datang kepadamu, ya? “Saya dekat sini, sayang.” Badanku terduduk, bungaku ditaburkan ke tanahnya. Akhirnya, air mataku jatuh jua di dirimu.
“Aku rindu.”
— 260422, written by Fiq
메타데이터
- post_id
- b37a57b5d1fc
- slug
- pergi-b37a57b5d1fc
- url
- https://medium.com/@fqshaa/pergi-b37a57b5d1fc
- canonical_url
- https://medium.com/@fqshaa/pergi-b37a57b5d1fc
- author_url
- https://medium.com/@fqshaa
- status
- ok
- fetched_at
- 2026-06-27 23:56:40