← Back to list

Assassin Creed Bakal Tiba Di Magic: The Gathering!

Korang boleh mainkan kad Ezio dan Altair pada 5 Julai ini

Haikal Johari in Gamers Gazette MY · 2024-02-26 04:20 · 0 claps · 1.4 min read
#magic-the-gathering #assassin-creed #ezio #altair #fallout
Open on Medium ↗

Assassin Creed Bakal Tiba Di Magic: The Gathering!

Korang boleh mainkan kad Ezio dan Altair pada 5 Julai ini

Assassin Creed akan berkolaborasi dengan Magic: The Gathering (MTG) selepas mereka mengeluarkan beberapa pratonton kad karakter-karakter yang dikenali oleh pemain-pemain siri permainan itu.

Wizard Of The Coast mengeluarkan beberapa pratonton kad seperti dua karakter utama terkenal iaitu Ezio Auditore da Firenze dan Altaïr Ibn-LaʼAhad yang boleh dimainkan sebagai seorang Commander.

Bukan itu sahaja, beberapa karakter yang dikenali oleh sejarah seperti Leonardo Da Vinci dan Cleopatra serta barang-barang yang terkenal iaitu Hidden Blade dan The Animus. Selain itu, Haystack yang merupakan antara benda paling ikonik dalam game itu turut akan tiba di dalam set ini.

Ia akan tiba dalam beberapa versi kad yang hanya boleh didapatkan dalam Booster Box tertentu. Sudah semestinya banyak lagi karakter dari pelbagai siri ini akan keluar dan kad-kad ini akan ditunjukkan sepenuhnya pada 21 Jun 2024. Set ini akan dilancarkan pada 5 Julai ini.

Ini merupakan antara beberapa set di mana MTG berkolaborasi di mana mereka akan bekerjasama dengan francais-francais terkenal seperti siri Fallout yang bakal tiba pada 8 Mac ini.


메타데이터
post_id
b4b8e7f0d1d4
slug
assassin-creed-bakal-tiba-di-magic-the-gathering-b4b8e7f0d1d4
url
https://medium.com/gamers-gazette-my/assassin-creed-bakal-tiba-di-magic-the-gathering-b4b8e7f0d1d4
canonical_url
https://medium.com/gamers-gazette-my/assassin-creed-bakal-tiba-di-magic-the-gathering-b4b8e7f0d1d4
author_url
https://medium.com/@haikaljohari10
status
ok
fetched_at
2026-08-09 00:25:10