Ayn Jalut 1260 Masihi. (Galilee region, Israel-occupied). Permulaan konflik Mongol — Mamluk
Ketika Mongol memulakan serangan ke atas umat Islam, Mesir mengalami krisis politik diantara kumpulan Mamalik Bahriah dan Mamalik Muizzah…
Ayn Jalut 1260 Masihi. (Galilee region, Israel-occupied). Permulaan konflik Mongol — Mamluk

Ketika Mongol memulakan serangan ke atas umat Islam, Mesir mengalami krisis politik diantara kumpulan Mamalik Bahriah dan Mamalik Muizzah yang berebut kuasa. Hubungan dengan kerajaan di Syria pula terputus selepas Syria diserang Mongol dan permintaan bantuan dari Afrika Utara pula ditolak.
Beberapa siri perang salib lepas menyebabkan ekonomi Mesir jatuh. Sultan Salahuddin Al-Ayyubi turut menjadikan kota Kaherah sebagai pusat memerangi tentera salib dari Eropah dan usaha merampas kembali Baitulmuqaddis / Al-Aqsa.

Serangan Mongol ke atas Afghanistan dan Iran (1219), Rusia dan Eropah timur (1231) dan kejatuhan Baghdad (1258) meninggalkan kesan yang parah kepada umat Islam.
Jatuhnya Baghdad, bermakna khilafah Islam beralih dari Abbasiyah ke Mamluk di Mesir, dengan penguasaan Mamluk terhadap 3 masjid suci, Mekah-Madinah-Baitulmaqdis.

Ketika Saifuddin Qutuz menjadi Sultan Mesir, Aleppo dikuasai oleh Mongol pada Januari 1260, disusuli dengan kejatuhan Damsyik pada bulan Mac. Tak lama kemudian, Palestin pula jatuh ke tangan Mongol. Ini menunjukkan tentera Mongol semakin menghampiri Mesir kerana ia bersempadan dengan Gaza. Jatuhnya Abbasiyah di Baghdad, kerajaan Ayyubid di Syria dan tanpa bantuan dari Sudan, Mesir keseorangan dalam menghadapi ancaman Mongol.
메타데이터
- post_id
- c06f950fd210
- slug
- ayn-jalut-1260-masihi-galilee-region-israel-occupied-permulaan-konflik-mongol-mamluk-c06f950fd210
- url
- https://medium.com/@syakezskimuhd/ayn-jalut-1260-masihi-galilee-region-israel-occupied-permulaan-konflik-mongol-mamluk-c06f950fd210
- canonical_url
- https://medium.com/@syakezskimuhd/ayn-jalut-1260-masihi-galilee-region-israel-occupied-permulaan-konflik-mongol-mamluk-c06f950fd210
- author_url
- https://medium.com/@syakezskimuhd
- status
- ok
- fetched_at
- 2026-07-11 12:51:18