Realiti permulaan
Realiti permulaan

Sepertimana ketika kita melihat orang lain menjulang kejayaan, tidaklah ia terjadi secara tiba-tiba pada suatu malam melainkan semuanya ada PERMULAAN.
Kita selalu mengagumi akan kejayaan yang dijulang tetapi andaikan kita tahu perjalannya daripada permulaan maka prosesnya itu lebih kita kagumi daripada pencapaiannya.
Kerana pencapaian hanyalah hasil akhir tetapi untuk mencapai hasil akhir itu memerlukan masa yang bertahun, konsisten yang tak terputus, mental yang mengendahkan segala keselesaan dan juga peperangan kepada perasaan untuk bermalasan.
Andai kita memahaminya maka tiada kehairanan dengan apa yang berjaya didapatkan kerana itu adalah selayaknya hasil pada dirinya.
Sebelum memulakan, jangan pernah membandingkan apa-apapun dengan yang telah berjaya. Tapi bandingkan hanya dengan diri kita sendiri.
Adakah aku harini berjaya mengalahkan diri aku yang semalam?
Dengan permulaan inilah yang akan menjadikan kita sampai kepada pertengahan sehingga lajak kepada pengakhiran pencapaian.
메타데이터
- post_id
- c3dc0405cb96
- slug
- realiti-permulaan-c3dc0405cb96
- url
- https://medium.com/@takiyagenji.ka/realiti-permulaan-c3dc0405cb96
- canonical_url
- https://medium.com/@takiyagenji.ka/realiti-permulaan-c3dc0405cb96
- author_url
- https://medium.com/@takiyagenji.ka
- status
- ok
- fetched_at
- 2026-07-13 06:23:13