← Back to list

AGM KE-21 ICAP: PEMILIK SAHAM BAKAL MENCORAKKAN BAB SETERUSNYA UNTUK SATU-SATUNYA DANA TERTUTUP DI…

ICAP Menongkah Arus Kemerosotan Dana Tertutup Global, Terus Berkembang Maju Sejak 2005

Biz Digest · 2025-09-23 04:02 · 0 claps · 2.3 min read
#icaps #agm #tantengboo
Open on Medium ↗

AGM KE-21 ICAP: PEMILIK SAHAM BAKAL MENCORAKKAN BAB SETERUSNYA UNTUK SATU-SATUNYA DANA TERTUTUP DI MALAYSIA

ICAP Menongkah Arus Kemerosotan Dana Tertutup Global, Terus Berkembang Maju Sejak 2005

KUALA LUMPUR, 23 SEPTEMBER 2025: icapital.biz Bhd (ICAP, 5108), satu-satunya dana tertutup tersenarai di Malaysia, akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-21 pada hari Sabtu, 4 Oktober 2025. Sejak penyenaraiannya pada Oktober 2005, ICAP secara konsisten telah mengadakan AGM pada hari Sabtu untuk memudahkan para pemilik sahamnya.

Bagi meraikan ulang tahunnya yang ke-21, para pemilik saham dan proksi yang hadir secara fizikal ke AGM akan menerima hadiah cenderamata yang unik.

Keupayaan ICAP untuk terus maju selama 21 tahun merupakan satu pencapaian yang signifikan, terutamanya apabila institusi kewangan utama seperti Lehman Brothers dan Credit Suisse telah runtuh. Lehman Brothers, yang pernah menjadi bank pelaburan keempat terbesar di A.S., telah mencetuskan krisis kewangan global 2008 dengan kemuflisannya. Begitu juga dengan bank Switzerland yang terkemuka di peringkat global, Credit Suisse, yang telah diambil alih secara tergesa-gesa oleh pesaingnya UBS pada Mac 2023 selepas bertahun-tahun dibelenggu skandal dan isu tadbir urus.

Sebaliknya, dana tertutup seperti ICAP mempunyai sejarah daya tahan yang panjang. Dana tertua di dunia, F&C Investment Trust yang berpangkalan di UK, telah dilancarkan pada tahun 1868 dan telah mengharungi pelbagai krisis kewangan, perang dunia, dan Zaman Kemelesetan (Great Depression). Matlamatnya, hampir sama seperti ICAP, sentiasa untuk memberikan manfaat kepelbagaian antarabangsa kepada khalayak yang lebih luas. Dana tertutup tertua di A.S. pula wujud sejak tahun 1893, dengan beberapa dana yang ditubuhkan pada tahun 1920-an masih beroperasi dan menunjukkan prestasi setanding dengan atau bahkan mengatasi prestasi pasaran. Jangka hayat yang panjang ini membuktikan bahawa usia tidak menghadkan prestasi.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, banyak dana tertutup telah menghadapi tekanan daripada pelabur aktivis yang bermodal besar. Pada tahun 2024 sahaja, hanya tiga pelabur aktivis telah bertanggungjawab ke atas 87% aktivisme dana tertutup di Amerika Syarikat. Kebanyakan aktivis dana lindung nilai ini berusaha untuk mencairkan dana bagi mendapatkan keuntungan jangka pendek, sering kali dengan mengorbankan kepentingan pemilik saham jangka panjang.

Sebagai sebuah syarikat tanpa pemilik saham mengawal, ICAP dimiliki oleh ribuan pelabur individu. Walaupun berdepan dengan kempen berulang kali oleh pelabur aktivis untuk menggugat kestabilan syarikat, ICAP bukan sahaja telah mengharungi cabaran-cabaran ini, malah telah muncul dengan lebih kukuh.

Dana tertutup menarik bagi pesara, pemilik perniagaan kecil, dan mereka yang mencari aliran tunai yang konsisten atas sebab-sebab tertentu. Tidak seperti dana terbuka, dana tertutup tidak tertakluk kepada tekanan penebusan yang boleh memaksa pengurus portfolio menjual aset semasa keadaan pasaran yang tidak menggalakkan. Asas modal yang stabil ini membolehkan pengurus melabur dalam aset yang dapat menjana pulangan yang lebih tinggi dalam jangka masa panjang.

Tan Teng Boo, Individu Yang Dilantik Untuk icapital.biz Berhad dan CEO Kumpulan/Pengarah Urusan Kumpulan Capital Dynamics

Tan Teng Boo, Individu Yang Dilantik Untuk icapital.biz Berhad dan CEO Kumpulan/Pengarah Urusan Kumpulan Capital Dynamics

Tan Teng Boo, Individu Yang Dilantik Untuk icapital.biz Berhad dan CEO Kumpulan/Pengarah Urusan Kumpulan Capital Dynamics , berkata:

“Kami berbesar hati menjemput para pemilik saham kami yang dihargai ke AGM ke-21 ICAP, yang melambangkan satu “kematangan” bagi ICAP, yang telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia pada Oktober 2005.

Pelabur Malaysia, terutamanya mereka yang mempunyai modal dan pengetahuan yang terhad, wajar untuk mempunyai lebih banyak pilihan pelaburan dan akses mudah kepada portfolio ekuiti Malaysia terkurang nilai yang diuruskan secara profesional.”

Dalam kes ICAP, terdapat potensi untuk agihan berterusan yang menarik hasil daripada dasar dividen inovatifnya.”

Setiap AGM adalah penting, tetapi AGM ke-21 ini mempunyai kepentingan yang lebih istimewa. Apabila ICAP mencapai usia matangnya, bab seterusnya akan menjadi lebih cerah.



메타데이터
post_id
c8e9f93dbaa7
slug
agm-ke-21-icap-pemilik-saham-bakal-mencorakkan-bab-seterusnya-untuk-satu-satunya-dana-tertutup-di-c8e9f93dbaa7
url
https://medium.com/@bizdigest/agm-ke-21-icap-pemilik-saham-bakal-mencorakkan-bab-seterusnya-untuk-satu-satunya-dana-tertutup-di-c8e9f93dbaa7
canonical_url
https://medium.com/@bizdigest/agm-ke-21-icap-pemilik-saham-bakal-mencorakkan-bab-seterusnya-untuk-satu-satunya-dana-tertutup-di-c8e9f93dbaa7
author_url
https://medium.com/@bizdigest
status
ok
fetched_at
2026-07-17 08:27:23