Timbalan Pengerusi Umno Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan yakin gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan…
Beliau berkata pakatan perpaduan boleh meraih kemenangan selesa jika penyokong PH dan BN keluar mengundi.
‘Peluang melawan Pakatan-BN di PRK Pulai, Simpang Jeram’

Timbalan Pengerusi Umno Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan yakin gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) boleh menang pada pilihan raya kecil Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 September ini.
Beliau berkata pakatan perpaduan boleh meraih kemenangan selesa jika penyokong PH dan BN keluar mengundi.
“Di atas kertas, kita boleh menang dengan selesa, berdasarkan undi yang diterima PH dan BN (ketika itu bertanding sendiri) pada pilihan raya umum ke-15.
“Bagaimanapun, ia bergantung kepada peratusan keluar mengundi dalam kalangan penyokong PH-BN pada hari pengundian.
“Kita mesti dapatkan seramai mungkin penyokong kita untuk pergi membuang undi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Bulan Kebangsaan 2023 dan Kibarkan Jalur Gemilang peringkat Johor di sini hari ini.
Ahmad, yang merupakan ahli majlis tertinggi Umno, berkata Umno Johor akan mengadakan mesyuarat khas malam ini untuk membincangkan persiapan bagi dua pilihan raya kecil itu, yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub daripada PH pada 23 Julai.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan pencalonan pada 26 Ogos, pengundian awal pada 5 September dan pengundian pada 9 September untuk kedua-dua pilihan raya kecil. — Bernama, 17 Ogos, 2023
메타데이터
- post_id
- cbe70dbc6fa1
- slug
- timbalan-pengerusi-umno-johor-datuk-seri-ahmad-maslan-yakin-gabungan-pakatan-harapan-ph-barisan-cbe70dbc6fa1
- url
- https://medium.com/@klsayangsemua/timbalan-pengerusi-umno-johor-datuk-seri-ahmad-maslan-yakin-gabungan-pakatan-harapan-ph-barisan-cbe70dbc6fa1
- canonical_url
- https://medium.com/@klsayangsemua/timbalan-pengerusi-umno-johor-datuk-seri-ahmad-maslan-yakin-gabungan-pakatan-harapan-ph-barisan-cbe70dbc6fa1
- author_url
- https://medium.com/@klsayangsemua
- status
- ok
- fetched_at
- 2026-06-29 01:02:39