MOONTON Lancar Masterclass Untuk Guru Sekolah Rendah!
Esports sebagai platform pendidikan STEM!
MOONTON Lancar Masterclass Untuk Guru Sekolah Rendah!
Esports sebagai platform pendidikan STEM!

MOONTON Games dan Esports Integrated (ESI), inisiatif kebangsaan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) telah mengumumkan pelancaran Guru Juara MOONTON Masterclass.
Program ini adalah satu inisiatif perintis yang direka untuk melengkapkan guru sekolah rendah di Malaysia dengan kemahiran pengurusan digital game dan strategi pembelajaran inovatif untuk pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Apa itu Guru Juara MOONTON Masterclass?
Program ini dianjurkan dengan kerjasama ESI dan disokong oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) bersama guru-guru sekolah rendah di Selangor.
Ia bertujuan untuk mempromosikan esports sebagai satu platform yang positif dalam pendidikan dan kemajuan pelajar. Guru Juara MOONTON Masterclass akan menjadi pemangkin kepada sistem pendidikan yang lebih moden dan relevan dengan minat pelajar masa kini.
Faedah untuk Guru & Pelajar
Guru yang mengambil bahagian dalam program ini akan menerima sijil rasmi yang ditandatangani bersama oleh MOONTON Games dan ESI. Sijil ini akan membolehkan para guru untuk mencalonkan pasukan pelajar mereka bagi menyertai tournament peringkat negeri seperti Selangor State Under-12 MLBB Tournament yang akan datang pada Disember 2025.
메타데이터
- post_id
- d10a3b9cb8b9
- slug
- moonton-lancar-masterclass-untuk-guru-sekolah-rendah-d10a3b9cb8b9
- url
- https://medium.com/lumea-tv/moonton-lancar-masterclass-untuk-guru-sekolah-rendah-d10a3b9cb8b9
- canonical_url
- https://medium.com/lumea-tv/moonton-lancar-masterclass-untuk-guru-sekolah-rendah-d10a3b9cb8b9
- author_url
- https://medium.com/@gamersgazettemy
- status
- ok
- fetched_at
- 2026-06-10 09:45:17