Xbox Tamatkan Siri Forza Motorsport Secara Rasmi!
Forza Horizon akan terus hidup, Motorsport disingkir
Xbox Tamatkan Siri Forza Motorsport Secara Rasmi!
Forza Horizon akan terus hidup, Motorsport disingkir

Gelombang pemberhentian pekerja besar-besaran Microsoft minggu lalu bukan saja menggoncang industri teknologi, malah memberi kesan besar terhadap studio-studio game di bawah Xbox. Antara yang paling terkesan ialah Turn 10 Studios, pembangun utama siri Forza Motorsport, yang dilaporkan kehilangan hampir 50% tenaga kerja mereka.
Namun, berita yang lebih mengejutkan adalah pengesahan bahawa Xbox Game Studios kini menamatkan terus pengeluaran game Forza Motorsport, menjadikan entri terbaru mereka pada tahun 2023 sebagai game terakhir dalam siri simulasi perlumbaan terkenal itu.
Satu Lagi Mangsa dalam Pemberhentian Besar Xbox
Difahamkan, lebih 10,000 pekerja di seluruh Microsoft terlibat dalam pemberhentian minggu lalu, termasuk beberapa pembangun dari studio besar seperti Perfect Dark reboot dan MMORPG dari pembangun The Elder Scrolls Online, yang turut dibatalkan
Turn 10 Studios, yang mengasaskan siri Forza Motorsport sejak 2005, dilihat sebagai antara pelopor utama dalam dunia simulasi perlumbaan realistik. Tetapi setelah kejayaan Forza Horizon yang lebih bersifat arked dan kasual, Xbox nampaknya membuat keputusan untuk fokus sepenuhnya kepada cabang Horizon.
Pengakuan Terbuka Dari Pihak Studio
Fred Russell, penyelaras kandungan dari Turn 10 Studios, mengesahkan melalui Facebook bahawa:
“Turn 10 Studios telah menutup sepenuhnya ruang untuk Forza Motorsport, dan pasukan tersebut tidak lagi wujud. Hari yang sangat menyedihkan untuk salah satu game perlumbaan terbaik.”
Beliau turut menambah bahawa studio tersebut kini hanya menyokong siri Forza Horizon dan menyatakan Horizon akan diteruskan buat masa ini.
Forza Motorsport 2023 Jadi Penutup Siri
Entri Forza Motorsport yang dikeluarkan pada tahun 2023 kini secara tidak rasmi menjadi game penutup kepada keseluruhan siri. Sementara itu, Forza Horizon 5 (2021) kekal sebagai produk utama untuk genre perlumbaan di bawah Xbox, dengan Playground Games (pembangun Horizon) kini turut membangunkan game Fable reboot yang dijangka keluar pada 2026.
Penutupan Motorsport ini menandakan perubahan strategi besar Xbox dalam dunia perlumbaan digital — dengan Horizon menjadi satu-satunya warisan yang tinggal untuk peminat Forza.
Korang nak cari top-up in game yang murah tapi takut kena scam or nak services yang cepat? Jangan risau sebab Gamejus Malaysia kan ada!

Dapatkan top-up in-game currency dari MLBB, HOK, PUBG Mobile, Free Fire dan bermacam-macam lagi permainan video di SINI!
메타데이터
- post_id
- d7e5c9ffd652
- slug
- xbox-tamatkan-siri-forza-motorsport-secara-rasmi-d7e5c9ffd652
- url
- https://medium.com/gamers-gazette-my/xbox-tamatkan-siri-forza-motorsport-secara-rasmi-d7e5c9ffd652
- canonical_url
- https://medium.com/gamers-gazette-my/xbox-tamatkan-siri-forza-motorsport-secara-rasmi-d7e5c9ffd652
- author_url
- https://medium.com/@gamersgazettemy
- status
- ok
- fetched_at
- 2026-06-25 12:15:08