Todak Legion Juara MAL MY Musim Pertama
Mereka menewaskan Homebois Syndicate dengan skor 4–1
Todak Legion juara MAL MY Musim Pertama
Mereka menewaskan Homebois Syndicate dengan skor 4–1

Todak Legion menjadi pasukan pertama untuk mengangkat piala MLBB Academy League (MAL) MY untuk edisi pertama di Sunway Velocity, Kuala Lumpur.
Pasukan yang dibimbing oleh bekas pemain yang pernah menjuarai MPL MY, 4Meyz itu mudah menewaskan Homebois Syndicate dengan skor 4–1. Kedua-dua pasukan affiliated MPL MY ini merupakan antara pasukan kegemaran untuk mengangkat piala ini.
Todak Legion yang dianggotai oleh empat bekas pemain MPL MY iaitu Rival, Zaed, Martzy dan Hazelnut serta seorang pemain baharu iaitu JoyBoyy memulakan kempen playoffs mereka selepas menewaskan juara Challenger Conference, Red Riot dengan skor 2–0.
Namun, mereka mengalami kesukaran ketika berdepan Miracle Gaming yang menjadi satu-satunya wakil Challenger Conference ke separuh akhir dan terpaksa mengambil lima perlawanan dengan skor 3–2.
Dalam masa yang sama, pemain Homebois Syndicate iaitu Jennieqt diangkat sebagai Rising Star of the Season selepas menjadi antara pemain terbaik sepanjang musim.
Beliau mengetepikan cabaran dari empat pemain iaitu rakan sepasukannya, Syhinnn, pemain Red Riot iaitu Dnish, pemain JP Niners iaitu Haxz El Nino dan pemain UKM X Aero iaitu Ahmad Neppo.
메타데이터
- post_id
- d994f49ce1ec
- slug
- todak-legion-juara-mal-my-musim-pertama-d994f49ce1ec
- url
- https://medium.com/gamers-gazette-my/todak-legion-juara-mal-my-musim-pertama-d994f49ce1ec
- canonical_url
- https://medium.com/gamers-gazette-my/todak-legion-juara-mal-my-musim-pertama-d994f49ce1ec
- author_url
- https://medium.com/@haikaljohari10
- status
- ok
- fetched_at
- 2026-07-23 18:27:49