← Back to list

Tolong.

Aku berganjak ke depan,

Young Ali · 2019-09-01 06:16 · 4 claps · 0.6 min read
#puisi #nusantara #bahasa-melayu
Open on Medium ↗

Tolong.

Aku berganjak ke depan,

Memberi peluang pada nasib,

Supaya aku boleh mengelak tikaman dari belakang,

Untuk kekal dalam alur.

Aku berundur ke belakang,

Memberi ruang pada masa,

Biarkan dia di hadapan,

Supaya aku boleh tidur dibuai dengan kenangan.

Aku marah kepada tuhan,

Tapi Dia hadirkan matahari, bulan, siang dan malam.

Aku bentang sejadah,

Marah lagi pada tuhan,

Tapi Dia hadirkan saudara sedarah, kelompok taulan.

Aku ini hanya tetamu yang menamu,

Kadang aku lupa undangan ini bersifat sementara,

Tiada tandangan,

Tiada cap mohor.

Di sini aku disuruh belajar,

Supaya aku tahu cari jalan pulang,

Bukunya satu,

Rujukannya beribu.

Rage itu sentiasa ada,

Tuhan tahu itu dan Dia sengaja,

Biarkan aku terseding,

Untuk aku bermain dengan koleksi mainannya.

Aku senyum pahit,

Sepahit kopi hitam kaw tanpa gula,

Rasanya penat bercampur lelah,

Cukup rasa seperti tidak pernah dijajah,

Inilah rasanya,

Ya Tuhan Ya Rabb Ya Kareem,

tolong aku mahu satu lagi.


메타데이터
post_id
da51278f49be
slug
tolong-da51278f49be
url
https://medium.com/@youngali/tolong-da51278f49be
canonical_url
https://medium.com/@youngali/tolong-da51278f49be
author_url
https://medium.com/@youngali
status
ok
fetched_at
2026-07-29 13:30:38