Petua Memutihkan Gigi Guna Bahan Semulajadi Di Rumah
Banyak cara tradisional iaitu dengan petua orang-orang terdahulu untuk putihkan gigi dengan guna bahan-bahan alami yang boleh didapati di…
Petua Memutihkan Gigi Guna Bahan Semulajadi Di Rumah

Banyak cara tradisional iaitu dengan petua orang-orang terdahulu untuk putihkan gigi dengan guna bahan-bahan alami yang boleh didapati di rumah sahaja tanpa mengeluarkan kos yang banytak serta dapat menjimatkan duit ringgit.
Mempunyai gigi yang cantik, putih bersih dan berseri-seri semestinya sentiasa menjadi idaman semua orang yang berada di dunia ini. Tetapi untuk menjaga kesihatan gigi dan mulut pula, tidak semua orang yang tahu bagaimana untuk menjaganya dengan betul supaya tidak menjadi kuning, hitam, berkarat atau seterusnya mengalami kerosakan sehingga menyebabkan sakit pada gusi dan gigi.
Untuk mendapatkan gigi yang bersih dan putih, pelbagai petua dan cara yang boleh diamalkan pada setiap kali menggosok gigi setiap hari samada pada waktu pagi, petang dan malam. Walau bagaimanapun, ia juga berpandukan kepada bahan yang digunakan, ada sesetengah daripadanya tidak boleh kerap digunakan kerana dibimbangi akan mendapat kesan sampingan.
Jadi, sebelum anda gunakan bahan tertentu, pastikan anda tahu setiap kegunaannya dengan betul supaya tidak mengalami sebarang gangguan dek kerana tersalah menggunakannya. Berikut dikongsikan beberapa petua putihkan gigi cara tradisional yang boleh anda cuba, antaranya:
GARAM MASAKAN

Garam untuk masakan
Pasti ramai yang tahu tentang kelebihan garam untuk merawat penyakit tertentu seperti sakit gigi serta dapat menghilangkan kesakitan dengan berkumur sahaja. Tetapi untuk putihkan gigi guna garam, anda hanya perlu lakukan dengan garam dan campuran air perahan beberapa titis lemon yang digaulkan bersama-sama, kemudian digosokkan pada bahagian gigi untuk tujuan pemutihan.
Pastikan anda menggosok pada gigi dalam jangka masa beberapa minit dan kemudiannya dibilaskan dengan airi yang panas suam. Namun, anda digalakkan untuk amalkan dengan kekerapa dua kali dalam seminggu sahaja untuk mendapatkan hasil yang ptuih dan bersih.
KAYU SUGI

Kayu Siwak
Semua tahu yang kayu sgui telah digunakan semenjak zaman dahulu dengan tujuan untuk membersihkan gigi yang berkarat atau sekurang-kurangnya dapat memutihkan gigi dengan hanya menggosoknya menggunaka kayu yang turut dipanggil dengan nama sebagai siwak atau miswak.
Dengan guna kayu sugi bukan sahaja dapat mencuci gigi tetapi turut membersihkan bahagian gusi selain dapat membuang segala kotoran yang terlekat pada bahagian gigi-gigi anda. Walau bagaimanapun, zaman sekarang banyak dijual di pasaran kayu sugi moden yang boleh dibeli dengan kadar harga yang sangat murah seperti di laman Shopee.
Kesimpulan
Untuk ketahui dengan lebih lanjut lagi tentang pembersihan gigi dengan betul melalui kaedah petua tradisional, anda boleh merujuk kepada artikel asal daripada Bukit Besi Blog yang berkongsi tentang cara untuk memutihkan gigi guna bahan-bahan mudah yang boleh didapati di rumah sahaja. Seoga bermanfaat dan selamat maju jaya.
메타데이터
- post_id
- e5abadd97e01
- slug
- petua-memutihkan-gigi-guna-bahan-semulajadi-di-rumah-e5abadd97e01
- url
- https://medium.com/@bukitbesi/petua-memutihkan-gigi-guna-bahan-semulajadi-di-rumah-e5abadd97e01
- canonical_url
- https://medium.com/@bukitbesi/petua-memutihkan-gigi-guna-bahan-semulajadi-di-rumah-e5abadd97e01
- author_url
- https://medium.com/@bukitbesi
- status
- ok
- fetched_at
- 2026-07-26 19:34:20