Filem BioShock Netflix Sah Berdasarkan Game Pertama!
Era kegemilangan video game movie?
Filem BioShock Netflix Sah Berdasarkan Game Pertama!
Era kegemilangan video game movie?

Filem BioShock yang dah lama dinanti akhirnya mula nampak bentuk, dan ia akan kekal setia pada asalnya. Producer Roy Lee sahkan bahawa adaptasi Netflix ini akan berdasarkan terus pada game BioShock yang pertama dan bukan cipta story baru.
Projek ini akan diarahkan oleh director Hunger Games, Francis Lawrence dan skripnya akan ditulis oleh penulis Logan, Michael Green. Walaupun butiran lanjut masih dirahsiakan, fan boleh menarik nafas lega bila tahu Rapture, bandar bawah air yang utopia tapi akhirnya musnah, akan dihidupkan di layar perak.
Diarahkan oleh Francis Lawrence

Dalam satu temuramah, Roy Lee mendedahkan BioShock akan jadi filem utama Lawrence selepas The Hunger Games: Sunrise on the Reaping yang akan keluar pada November 2026. Ini maknanya filem BioShock akan mula shoot lepas Lawrence selesai dengan komitmen Hunger Games dia. Lawrence sendiri awal tahun ini cakap projek ini tricky tapi dah ada di “a good place”.
Cabaran dan Harapan Netflix
Salah satu soalan paling besar pasal adaptasi ini adalah sama ada dunia Rapture boleh diterjemahkan ke dalam filem tanpa hilangkan atmosphere dia dan buatkan budget melambung. Dalam game, semuanya digital art, tapi dalam movie, ia kena nampak realistik.

Namun, kejayaan The Last of Us dan Twisted Metal baru-baru ini dah buktikan yang dunia game yang dulu nampak mustahil untuk live action boleh dibuat dengan meyakinkan. Kalau Hollywood boleh buat nightmare kulat dan peperangan kereta post-apocalyptic menjadi, sebuah dystopia bawah air yang runtuh mungkin boleh dicapai.
Game BioShock pertama, yang keluar pada tahun 2007, kekal jadi salah satu video game paling dipuji. Story pasal Jack, seorang survivor yang tersesat dan terjumpa utopia Rapture, secara meluas dianggap sebagai benchmark untuk game berasaskan naratif.

Casting dan tarikh tayangan untuk filem ini masih belum diketahui, tapi Netflix akan edarkannya di seluruh dunia. Dengan Francis Lawrence dan Michael Green yang ada pengalaman hebat, ada optimisme filem BioShock akhirnya boleh pecahkan video game movie curse.
메타데이터
- post_id
- e917bb87c12a
- slug
- filem-bioshock-netflix-sah-berdasarkan-game-pertama-e917bb87c12a
- url
- https://medium.com/lumea-tv/filem-bioshock-netflix-sah-berdasarkan-game-pertama-e917bb87c12a
- canonical_url
- https://medium.com/lumea-tv/filem-bioshock-netflix-sah-berdasarkan-game-pertama-e917bb87c12a
- author_url
- https://medium.com/@gamersgazettemy
- status
- ok
- fetched_at
- 2026-08-08 16:37:30