← Back to list

EPMB Umum Pencapaian Penting Dengan MG S5 Tempatan Pertama, Memulakan Pengeluaran Kenderaan MG Di…

EPMB berhasrat memperluas kerjasama dengan SAIC, menyasar pasaran antarabangsa

Biz Digest · 2026-03-11 01:38 · 0 claps · 2.2 min read
#epmb #saic #mgs5ev
Open on Medium ↗

EPMB Umum Pencapaian Penting Dengan MG S5 Tempatan Pertama, Memulakan Pengeluaran Kenderaan MG Di Malaysia

EPMB berhasrat memperluas kerjasama dengan SAIC, menyasar pasaran antarabangsa

SHAH ALAM, 10 MAC 2026 — EP Manufacturing Berhad (EPMB) hari ini mengumumkan satu pencapaian penting dalam penglibatannya dalam pemasangan automotif dengan pelancaran unit pertama MG S5 yang dipasang secara tempatan di fasiliti EPMB Melaka. Pencapaian ini menandakan permulaan pengeluaran tempatan kenderaan MG di Malaysia, di bawah kerjasama EPMB dengan SAIC Motor, salah satu kumpulan automotif terbesar di dunia.

From left: 1.⁠ ⁠YB Datuk Wira Salhah Salleh, Melaka State Finance Officer 2.⁠ ⁠YB Datuk P. Shanmugam V. Pitchay, EXCO for Youth Development, Sports, and Non-Governmental Organizations 3.⁠ ⁠YB Datuk Wira Azhar Arshad, State Secretary of Melaka 4.⁠ ⁠YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Chief Minister of Melaka 5.⁠ ⁠Mr. Hamidon Abdullah, Executive Chairman, EP Manufacturing Berhad 6.⁠ ⁠Mr. Emory Qi (齐枫), Managing Director, SAIC Motor Malaysia 7.⁠ ⁠Mr. Hoffen Yih (郑毅勉), Chief Operating Officer, SAIC Motor Malaysia 8.⁠ ⁠YBhg. Datuk Ginie Lim (林秀凌), Chief Executive Officer, Invest Melaka Berhad 9.⁠ ⁠Mr. Aidan Hamidon, Executive Director, EP Manufacturing Berhad

From left: 1.⁠ ⁠YB Datuk Wira Salhah Salleh, Melaka State Finance Officer 2.⁠ ⁠YB Datuk P. Shanmugam V. Pitchay, EXCO for Youth Development, Sports, and Non-Governmental Organizations 3.⁠ ⁠YB Datuk Wira Azhar Arshad, State Secretary of Melaka 4.⁠ ⁠YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Chief Minister of Melaka 5.⁠ ⁠Mr. Hamidon Abdullah, Executive Chairman, EP Manufacturing Berhad 6.⁠ ⁠Mr. Emory Qi (齐枫), Managing Director, SAIC Motor Malaysia 7.⁠ ⁠Mr. Hoffen Yih (郑毅勉), Chief Operating Officer, SAIC Motor Malaysia 8.⁠ ⁠YBhg. Datuk Ginie Lim (林秀凌), Chief Executive Officer, Invest Melaka Berhad 9.⁠ ⁠Mr. Aidan Hamidon, Executive Director, EP Manufacturing Berhad

Memeriahkan majlis pelancaran tersebut ialah YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka, YB Datuk Wira Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Emory QiFeng, Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, dan Hoffen Teh, Ketua Pegawai Operasi SAIC Motor Malaysia. Turut hadir ialah YB Datuk P. Shanmugam V. Pitchay, EXCO Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka, serta YB Datuk Wira Salhah Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka.

En. Hamidon Abdullah, Pengerusi Eksekutif EPMB, berkata:

“Hari ini merupakan kematangan pelaburan yang telah kami bangunkan dengan teliti sepanjang beberapa tahun lalu. Daripada penubuhan operasi pemasangan kami, kini kami telah melangkah ke tahap menghasilkan pelbagai model kenderaan secara tempatan, dan pengenalan MG S5 menandakan satu lagi langkah penting ke hadapan untuk EPMB.

Kemudahan EPMB di Melaka dibangunkan sebagai kilang pemasangan pelbagai model yang fleksibel, berkeupayaan menghasilkan pelbagai jenis kenderaan termasuk sedan, SUV, MPV dan kenderaan berangka tangga (ladder-frame). Barisan pengeluaran ini juga direka untuk menampung pelbagai teknologi rangkaian kuasa, termasuk kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), kenderaan elektrik bateri (BEV), kenderaan elektrik hibrid (HEV), kenderaan hibrid plug-in (PHEV), serta kenderaan elektrik jarak lanjutan (REEV).

Konfigurasi pembuatan yang fleksibel ini membolehkan kilang menyokong pelbagai program kenderaan serta menyesuaikan diri dengan evolusi industri automotive.

Pada masa ini, kemudahan ini dirancang untuk menghasilkan kira-kira 1,200 kenderaan sebulan, dengan pengeluaran dijangka meningkat secara berperingkat apabila program pengeluaran diperluaskan. Kami menyasarkan untuk menggunakan sepenuhnya kapasiti terpasang kemudahan ini dan akhirnya mencapai pengeluaran sebanyak 2,500 kenderaan sebulan, atau kira-kira 30,000 kenderaan setahun.

Pada masa hadapan, kami akan meneroka peluang berorientasikan eksport dengan memanfaatkan kilang pembuatan kami di Malaysia, termasuk potensi pemasangan kenderaan pemanduan sebelah kiri (left-hand-drive) untuk pasaran antarabangsa.

Perkembangan sedemikian berpotensi meletakkan kemudahan EPMB di Melaka sebagai sebahagian daripada rangkaian pembuatan serantau SAIC Motor yang lebih luas.

Ini merupakan satu aspirasi yang mencerminkan keazaman serta komitmen jangka panjang kami untuk membangunkan asas pembuatan automotif yang mampan di Malaysia, sekali gus memberi manfaat kepada industri automotif tempatan serta negeri Melaka.”

Pelancaran MG S5 hari ini menyusuli pemeteraian perjanjian kerjasama antara EPMB dan SAIC Motor di Cyberjaya pada Oktober 2025.

Dalam tempoh kurang daripada lima bulan sejak perjanjian tersebut dimeterai, kedua-dua rakan kerjasama berjaya menyiapkan segala persiapan yang diperlukan untuk memulakan operasi pemasangan tempatan.

SAIC Motor mengendalikan rangkaian antarabangsa yang luas merangkumi penyelidikan dan pembangunan, pembuatan, rantaian bekalan serta pengedaran global.

Melalui jenama MG, SAIC Motor telah memperluaskan kehadirannya di pasaran antarabangsa, termasuk Malaysia. MG kini telah membina kehadiran komersial yang semakin berkembang di Malaysia, disokong oleh rangkaian pengedar yang semakin meluas dengan kira-kira 40 pengedar sah di seluruh negara.

Melalui kerjasamanya dengan EPMB, SAIC Motor turut memperkukuh penyertaan vendor tempatan, penyetempatan rantaian bekalan serta pemindahan teknologi, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan aktiviti pembuatan bernilai tinggi di Malaysia.



메타데이터
post_id
fdc66c2c90ff
slug
epmb-umum-pencapaian-penting-dengan-mg-s5-tempatan-pertama-memulakan-pengeluaran-kenderaan-mg-di-fdc66c2c90ff
url
https://medium.com/@bizdigest/epmb-umum-pencapaian-penting-dengan-mg-s5-tempatan-pertama-memulakan-pengeluaran-kenderaan-mg-di-fdc66c2c90ff
canonical_url
https://medium.com/@bizdigest/epmb-umum-pencapaian-penting-dengan-mg-s5-tempatan-pertama-memulakan-pengeluaran-kenderaan-mg-di-fdc66c2c90ff
author_url
https://medium.com/@bizdigest
status
ok
fetched_at
2026-06-21 09:28:28